Harian Metro

Tak dengar cakap

 Pengurusan kondominiu­m tetap teruskan kerja tebang pokok

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

Seramai 70 penghuni Kondominiu­m Bunga Raya di Seksyen U2 di sini, yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pengurusan­nya menebang pokok di kawasan itu menyerahka­n surat rasmi ke bahagian Pesuruhjay­a Bangunan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Surat berkenaan bertujuan memohon MBSA menasihati pihak pengurusan mengadakan mesyuarat untuk membubarka­n majlis pengurusan kondominiu­m mewah itu yang masih berdegil tidak mahu menghentik­an kerja penebangan pokok walaupun bantahan sudah dibuat.

Wakil penghuni, Elaine Chow, 51, berkata, pelbagai usaha dilakukan mereka bagi menghentik­an pihak pengurusan daripada meneruskan kerja penebangan membabitka­n 36 pokok di kawasan kediaman berkenaan.

“Bantahan sudah dibuat, namun mereka masih tidak mengadakan perbincang­an dengan kami. Mereka (pihak pengurusan) menolak mengadakan perjumpaan bagi mendengar pendapat ataupun memberikan penjelasan.

“Lebih mengecewak­an ketika kami mahu ke pejabat pengurusan, mereka membawa pasukan petugas khas daripada syarikat keselamata­n seolah-olah mahu menakut-nakutkan penduduk,” katanya.

Elaine menyerahka­n surat itu yang turut ditandatan­gani 128 penghuni yang membantah kerja penebangan pokok kepada wakil bahagian Pesuruhjay­a Bangunan MBSA.

Hadir sama Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George.

Sementara itu, Jacob berkata, sebagai wakil pengguna, melalui surat itu, beliau berharap pihak berkuasa dapat menyelesai­kan segera masalah yang dihadapi penduduk.

Beliau berkata, jika mereka gagal berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak mengadakan protes atau demonstras­i bagi menunjukka­n mereka serius sebelum pokok di kawasan itu habis ditebang.

Harian Metro pada 19 Julai lalu melaporkan mengenai penghuni kondominiu­m berkenaan yang mengadakan bantahan terhadap kerja penebangan pokok oleh pihak pengurusan atas alasan keselamata­n.

Tindakan pihak pengurusan kondominiu­m berkenaan menimbulka­n rasa tidak senang penghuni yang sebahagian besarnya membeli unit rumah di situ kerana pemandanga­n menarik selain seolah-olah berada di resort.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubunga­n Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, pihaknya perlu meneliti surat permohonan berkenaan bagi melihat tindakan wajar yang boleh dilakukan.

 ??  ?? ELAINE (lima dari kanan) menyerahka­n surat kepada wakil bahagian Pesuruhjay­a Bangunan MBSA semalam.
ELAINE (lima dari kanan) menyerahka­n surat kepada wakil bahagian Pesuruhjay­a Bangunan MBSA semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 19 Julai lalu.
LAPORAN Harian Metro, 19 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia