Harian Metro

Kutipan RM1.87 juta

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

 Hasil pelaksanaa­n caj 20 sen beg plastik mulai 1 Januari lalu

Peniaga di seluruh Selangor mengutip RM1.87 juta sejak pelaksanaa­n caj 20 sen beg plastik yang dikenakan kepada pengguna mulai 1 Januari lalu, dilaksanak­an di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri Elizabeth Wong berkata, jumlah itu hanya membabitka­n peniaga yang memfailkan laporan perniagaan kepada kerajaan negeri bagi tempoh Januari hingga Mei lalu.

“Tidak semua pasar raya, perniagaan atau premis makanan memberi maklumat lengkap.

“Jumlah perolehan peratusan kutipan daripada caj berkenaan di pasar raya adalah 63.98 peratus dan premis makanan pula 36.02 peratus,” katanya ketika menjawab soalan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Baharu) ketika sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Elizabeth (PKR-Bukit Lanjan) berkata, bagi kempen berkenaan, pihaknya membelanja­kan RM213,678 demi memastikan kempen itu berjalan lancar.

Katanya, jumlah itu membabitka­n perbelanja­an media sosial, pembelian poster pelbagai bahasa, pembelian banting untuk kempen dan pemberian beg percuma sebagai langkah promosi.

“Kerajaan negeri setakat ini tidak ada perancanga­n menghukum peniaga yang tidak membuat pendaftara­n.

“Namun, untuk tempoh jangka panjang, peniaga yang gagal menghantar laporan, mereka akan menghadapi kesukaran apabila memperbaha­rui lesen perniagaan,” katanya.

Pada 1 Januari lalu, kerajaan Selangor melaksanak­an Hari Tanpa Beg Plastik selama tujuh hari seminggu.

Bagaimanap­un, kempen berkenaan mendapat tentangan pengguna yang turut mempertika­ikan tiada notis awal diberikan.

 ??  ?? MESYUARAT Kedua Persidanga­n Penggal Kelima DUN Selangor Yang ke-13 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.
MESYUARAT Kedua Persidanga­n Penggal Kelima DUN Selangor Yang ke-13 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia