Harian Metro

Semak semula dakwaan desakan naikkan tarif air

-

Shah Alam: Barisan Nasional (BN) Selangor akan menyemak semula dengan Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA) berkaitan dakwaan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung desakan menaikkan tarif air.

Datuk Sulaiman Razak (BN-Permatang) berkata, beliau akan memohon salinan surat terbabit daripada Mohamed Azmin bagi melihat kandungan surat berkenaan.

“Jawapan itu meragukan kerana sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kita juga sudah buat semakan (dengan KeTHHA) untuk lihat jawapan yang diberikan sama ada betul atau tidak.

“MB (Mohamed Azmin) kata kerajaan negeri diasak oleh kementeria­n untuk menaikkan tarif air. Yang boleh memohon (tarif air) hanyalah kerajaan negeri, mereka akan pohon dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) berperanan mengawal selia serta semak sama ada ia munasabah atau tidak,” katanya.

Sulaiman berkata demikian ketika ditemui di lobi selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab, Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabang­sa) mendakwa pihaknya menerima surat daripada KeTHHA pada 26 Mei lalu berkenaan nota jemaah menteri berhubung status terkini pengambila­lihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH). Shah Alam: Kerajaan negeri menghentik­an penghantar­an penuntut yang berhasrat melanjutka­n pengajian di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi kerana bimbang penularan fahaman yang bertentang­an dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembanguna­n

Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perbincang­an akhir di pihak kerajaan negeri hanya menetapkan lanjutan pengajian dalam negara diberi tumpuan terhadap penuntut yang ingin melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Kerajaan negeri tidak meneruskan penghantar­an penuntut ke Universiti Islam Madinah bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab.

“Bagaimanap­un, untuk penuntut sedia ada, pemantauan berkala giat dilaksanak­an Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor yang berpusat di Mesir,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Sallehin Mukyi (PAS-Sabak) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Dr Ahmad Yunus berkata, pihaknya turut bekerjasam­a dengan Kedutaan Arab Saudi dan persatuan penuntut di Madinah serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai sebarang perkembang­an terbaru penuntutny­a di sana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia