Harian Metro

NTP bantu jana 2.26 juta peluang pekerjaan

-

Lumpur: Malaysia mencapai kejayaan melalui inisiatif yang digariskan di bawah Program Transforma­si Negara (NTP) ke arah menjadi negara berpendapa­tan tinggi dan kini bersedia untuk mencapai matlamat itu.

Ketua Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata, kepelbagai­an ekonomi melalui pelbagai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Projek Permulaan (EPP) membuahkan hasil dengan melonjakka­n Malaysia ke arah status negara berpendapa­tan tinggi.

Beliau juga berkata, Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada akhir 2016 sebanyak AS$10,010 berbanding AS$8,230 pada 2010 dan 18.5 peratus lebih rendah berbanding anggaran sasaran pendapatan tinggi sebanyak AS$12,272 menjelang 2020.

“Ini adalah pencapaian baik, susulan antara 2010 dan 2016, Malaysia merapatkan jurang ke arah sasaran pendapatan tinggi daripada 33 peratus kepada 18 peratus.

“Dengan pemulihan yang lebih seimbang dan diselarask­an dalam ekonomi global, terdapat kecenderun­gan untuk mencapai matlamat berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Kamaruddin berkata, NTP turut membantu menjana lebih 2.26 juta pekerjaan sejak enam tahun lalu.

Menurut laporan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaa­n (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, dari permulaan dan sepanjang pelaksanaa­n pelbagai inisiatif NTP, matlamat untuk mencapai status negara berpendapa­tan tinggi bukan semuanya mengenai pendapatan. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia