Harian Metro

IMF SEMAK SEMULA

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Ekonomi Malaysia diunjur kembang 4.8% pada tahun ini

Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) mengunjurk­an ekonomi Malaysia mampu untuk berkembang sekitar 4.8 peratus pada 2017 berbanding sasaran awal sebelum ini sebanyak 4.5 peratus.

Kaunselor Ekonomi dan Pengarah Jabatan Penyelidik­an IMF Dr Maurice Obstfeld berkata, pihaknya menyemak semula unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia itu bersandark­an kepada perangkaan dan data ekonomi negara yang memberangs­angkan bagi tempoh setakat ini.

Beliau berkata, kestabilan dasar monetari negara turut menyumbang kepada peningkata­n unjuran itu, memberikan gambaran positif mengenai pertumbuha­n ekonomi Malaysia.

“Kebolehupa­yaan serta kecekapan dalam sistem dan dasar monetari negara ini menjadikan IMF terus optimis Malaysia akan terus mencapai pertumbuha­n ekonomi yang lebih baik pada 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumka­n perkembang­an terkini tinjauan ekonomi dunia di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Penyelidik­an IMF Dr Gian Maria Milesi-Ferretto.

Menurut Laporan Prestasi Suku Pertama 2017 pada Mei lalu oleh Bank Negara Malaysia (BNM), ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini disokong permintaan dalam negeri yang bertambah kukuh, khususnya perbelanja­an sektor swasta.

Malah, ringgit turut menunjukka­n pemulihan daripada kedudukan daripada menjadi mata wang Asia paling lemah pada 2016, berikutan langkah cekap oleh bank pusat dalam mengawal turun naik ringgit.

Sementara itu, Obstfeld berkata, IMF turut mengekalka­n anggaran pertumbuha­n global pada 3.5 peratus pada 2017 dan 3.6 peratus pada 2018 memandangk­an sumbangan agak berbeza di peringkat negara.

Katanya, IMF menurunkan unjuran pertumbuha­n untuk Amerika Syarikat (AS) kepada 2.1 peratus pada 2017 daripada 2.3 peratus dan 2.1 peratus pada 2018 daripada 2.5 peratus seperti yang ditunjukka­n dalam sebahagian daripada pertumbuha­n lemah pada suku pertama 2017.

“Dasar fiskal AS kelihatan kurang cenderung untuk berkembang dalam jangka masa terdekat manakala impak Brexit kepada United Kingdom disemak semula disebabkan aktiviti yang lebih perlahan pada suku pertama 2017.

“Malah, perkembang­an ekonomi China dijangka akan kekal pada kadar 6.7 peratus pada tahun ini sama seperti pada 2016 dan diunjurkan akan menurun sedikit menjadi kepada 6.4 peratus pada tahun depan,” katanya.

 ?? Dr Maurice Obstfeld ?? Kebolehupa­yaan serta kecekapan dalam sistem dan dasar monetari negara ini menjadikan IMF terus optimis Malaysia akan terus mencapai pertumbuha­n ekonomi yang lebih baik pada 2017”
Dr Maurice Obstfeld Kebolehupa­yaan serta kecekapan dalam sistem dan dasar monetari negara ini menjadikan IMF terus optimis Malaysia akan terus mencapai pertumbuha­n ekonomi yang lebih baik pada 2017”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia