Harian Metro

Liputan dalam bangunan

 Digi komited kukuh rangkaian 4G LTE terutama di stesen bawah tanah MRT

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Digi Telecommun­ication Sdn Bhd (Digi) komited fokus kepada liputan dalam bangunan bagi mengukuhka­n rangkaian 4G LTE di seluruh negara berikutan penggunaan spektrum baru 900MHz bermula awal bulan ini.

Ketua Pegawai Teknologin­ya Kesavan Sivabalan berkata, spektrum baru itu membolehka­n signal telefon mudah alih mencapai liputan luas, sekali gus membawa rangkaian 4G LTE kepada kawasan lebih terpencil di seluruh negara.

“Kami yakin spektrum baru ini bukan saja mampu mencapai liputan di kawasan terpencil, malah menembusi dinding bagi memberi liputan dalam bangunan yang lebih kukuh selepas ini,” katanya pada Digi 4G Undergroun­d Challenge, di sini, semalam.

Sehingga kini, rangkaian 4G LTE Digi mencapai liputan 86 peratus daripada populasi di 295 bandar manakala LTE-Advanced (LTE-A) mencapai liputan 45 peratus di 80 bandar di Malaysia.

Beliau berkata, laluan Transit Aliran Massa (MRT) menjadi antara lokasi tumpuan Digi untuk menawarkan rangkaian 4G LTE kepada pelanggan terutama di stesen bawah tanah MRT.

Menurutnya, spektrum baru itu terus membantu Digi menawarkan perkhidmat­an 4G LTE kepada pengguna di kawasan tertutup untuk menikmati pengalaman rangkaian 4G tanpa batasan, konsisten dan lebih baik.

“Kami kini menjalinka­n kerjasama dengan MRT bagi memastikan rangkaian 4G LTE boleh dicapai di kawasan tertutup dan turut memperting­katkan liputan di kawasan perkhidmat­an rel lain seperti Transit Aliran Ringan (LRT) pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, acara Digi 4G Undergroun­d Challenge menyaksika­n Digi membawa petugas media untuk menguji dan menikmati pengalaman rangkaian 4G LTE di sepanjang laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, terutama di stesen bawah tanah MRT.

 ??  ?? KESAVAN (kanan) dan Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat pada majlis pelancaran Digi 4G Plus, semalam.
KESAVAN (kanan) dan Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat pada majlis pelancaran Digi 4G Plus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia