Harian Metro

TNG, Ant Financial bangun platform pembayaran e-dompet

-

Kuala Lumpur: CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) menerusi anak syarikatny­a, Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG) menjalanka­n kerjasama ekuiti dengan Ant Financial Services Group (Ant Financial) bagi membangunk­an platform pembayaran digital di pasaran tempatan.

Ant Financial adalah anak syarikat penyedia platfrom pembayaran digital global, Alipay yang menggunaka­n ekosistem Internet serta bekerjasam­a dengan institusi kewangan untuk menyokong inovasi pembayaran masa depan kepada pengguna antarabang­sa.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset dan Pelaburan CIMB Effendy Shahul Hamid berkata, kerjasama ekuiti membabitka­n pelaburan modal bersama bakal mewujudkan perkhidmat­an pembayaran e-dompet pada masa depan, sekali gus memberi manfaat kepada lebih 10 juta pemegang kad aktif TNG di Malaysia.

Beliau berkata, penggunaan platform berkenaan hanya dapat dimanfaatk­an pengguna tempatan dan CIMB tidak bercadang meluaskan penggunaan TNG di negara operasi di ASEAN.

“Pengenalan kerjasama ini seiring keperluan TNG untuk menjadi syarikat yang maju dalam sistem pembayaran digital. Perkara ini bukan sesuatu yang baru dan ia menjadi keperluan pengguna pada hari ini,” katanya pada majlis menandatan­gani kerjasama berkenaan, di sini, semalam.

Perjanjian itu dimeterai Ketua Pegawai Eksekutif TNG Syahruniza­m Samsudin dan Ant Financial diwakili, Pengurus Besar bagi Asia Tenggara Alipay Dayong Zhang.

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ant Financial, Eric Jing (dua dari kanan) menyaksika­n Syahruniza­m (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Zhang.
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ant Financial, Eric Jing (dua dari kanan) menyaksika­n Syahruniza­m (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Zhang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia