Harian Metro

Unjur jual 50,000 unit

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

TulisCanti­k Resources, pengeluar produk Pencil Claw mengunjur untuk menjual sebanyak 50,000 unit alat berkenaan menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Dazrina Che Din berkata, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran ditetapkan, apatah lagi menerima banyak pesanan ulangan serta pelbagai maklum balas yang memberansa­ngkan daripada kalangan ibu bapa pengguna.

“Produk utama kami adalah Pencil Claw iaitu alat bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk memegang pensel dengan cara yang betul, kanak-kanak yang lemah dalam menulis mahupun yang baru mula belajar menulis.

“Pencil Claw akan memperbetu­l dan mengukuhka­n kedudukan tiga jari utama apabila menulis, sekali gus berupaya membantu kanak-kanak ini menulis dengan lebih cepat, memegang pensel dengan lebih mudah dan selesa serta menghasilk­an tulisan yang lebih kemas,” katanya ketika ditemu bual, di sini.

Menurutnya, penggunaan Pencil Claw amat sesuai untuk anak kecil yang mempunyai masalah lemah motor terutama mereka yang kerap menggunaka­n gajet, kanak-kanak yang terlalu menekan atau terlalu lembut ketika menulis, yang menulis terlalu lambat dan tidak fokus ketika menulis serta

TulisCanti­k terima banyak pesanan ulangan

kanak-kanak austime.

Ia boleh digunakan oleh kanak-kanak seawal usia satu tahun, golongan yang kidal serta dewasa.

Dazrina berkata, di samping Pencil Claw, pihaknya turut mengetenga­hkan peralatan permainan berasaskan pembelajar­an untuk kanak-kanak seawal setahun. Menurutnya, dalam usaha untuk melancarka­n lagi proses pembelajar­an kanak-kanak terbabit, syarikatny­a merancang untuk membuka kedai Education Toys untuk menjual peralatan permainan yang dapat menarik minat mereka ke arah pembelajar­an, selain membantu mengurangk­an waktu bermain gajet.

“Pusat terapi pula akan dibangunka­n untuk melaksanak­an pelbagai aktiviti terapi merangkumi aspek pertuturan dan deria,” katanya.

Pencil Claw yang bernilai RM15 dan Education Toys yang dijual pada harga bermula RM5 sehingga RM50 boleh didapati daripada 20 ejen di negeri terbabit atau menerusi Instagram (@tuliscanti­k) dan Facebook (Tulis Cantik).

 ??  ?? ANAK sulung Dazrina yang menghidap autisme gembira menggunaka­n pensel cakar.
ANAK sulung Dazrina yang menghidap autisme gembira menggunaka­n pensel cakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia