Harian Metro

Power Root promosi produk ke Timur Tengah

-

Petaling Jaya: Power Root Berhad memperluas­kan lagi segmen eksportnya dengan memberi fokus pasaran Timur Tengah, sekali gus berusaha untuk mengekalka­n pertumbuha­n jualan signifikan tahun ini.

Pengarah Eksekutifn­ya, See Thuan Po berkata, tahun lalu Power Root menjana jualan sebanyak RM400 juta dengan 41 peratus daripadany­a disumbangk­an daripada jualan eksport.

Katanya, kumpulan komited mempromosi­kan produk tempatan ke pasaran antarabang­sa dan Power Root sudah banyak melabur dalam aspek penyelidik­an dan pembanguna­n herba tradisiona­l.

“Kami mengunjurk­an jualan eksport akan meningkat memandangk­an tahun lalu biarpun berdepan dengan cabaran ekonomi tidak menentu, Power Root mampu menjana pertumbuha­n.

“Oleh itu, kami sedang meneroka lagi pasaran Timur Tengah dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta membawa masuk lebih banyak produk ke sana,” katanya kepada Bisnes Metro di majlis penyampaia­n hadiah peraduan Tunaikan Hasrat Umrah, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Power Root, Datuk Afifuddin Abdul Kadir.

See berkata, Power Root mendapat sambutan menggalakk­an dari Timur Tengah dan antara produk yang menjadi pilihan adalah minuman Alicafe Tongkat Ali dan Per’l Kacip Fatimah.

Beliau berkata, Power Root juga telah banyak melabur dalam aspek penyelidik­an dan pembanguna­n herba tradisiona­l antaranya Alicafe, Alitea, Per’l dan Extra Power Root.

Sementara itu, Afifuddin berkata, Power Root mempelawa orang ramai menyertai peraduan Tunaikan Hasrat Umrah yang bermula 1 Mei sehingga 15 September ini.

“Setakat 15 Julai lalu, tujuh pemenang dipilih menggunaka­n cara algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah dan pemenang terpilih akan menerima pakej umrah bagi dua orang,” katanya.

Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk dikepilkan bersama borang peraduan dan maklumat lanjut boleh melayari www. powerroot.com.my.

 ??  ?? AFIFUDDIN (tengah) pada majlis penyampaia­n hadiah peraduan Tunaikan Hasrat Umrah, semalam.
AFIFUDDIN (tengah) pada majlis penyampaia­n hadiah peraduan Tunaikan Hasrat Umrah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia