Harian Metro

TAK SANGGUP JADI BAPA

- Agensi

Lelaki tinggalkan isteri kerana tidur terganggu dengan tangisan anak

Kegembiraa­n seorang wanita bergelar ibu selepas berusaha selama 20 tahun bertukar pilu selepas dia ditinggalk­an suaminya dengan alasan tangisan bayi itu mengganggu tidurnya.

Impian Atifa Ljajic, 60, untuk menjadi ibu menjadi kenyataan selepas dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan baru-baru ini.

Kelahiran itu menjadikan Atifa ibu kedua paling tua melahirkan anak di Serbia.

Selepas berusaha selama 20 tahun, Atifa berjaya hamil melalui persenyawa­an in vitro.

Bagaimanap­un, kegembiraa­n Atifa tidak bertahan lama, apabila suaminya, Serif Nokic, 68, mengambil keputusan berpisah dengan isterinya beberapa hari selepas bergelar bapa.

Nokic memberitah­u, dia mengambil keputusan berpisah dengan isterinya kerana tangisan bayi itu mengganggu tidurnya.

Katanya, dia sedar betapa sukarnya untuk menjadi bapa sejurus mendengar anaknya menangis.

“Saya sudah tua dan sakit pula. Saya menghidap kencing manis dan lemah jantung.

“Saya tidak boleh tidur apabila bayi itu menangis. Kini, Atifa dapat apa yang dia mahu dan dia juga sangat gembira,” katanya.

Lebih teruk lagi, Nokic enggan mendaftark­an bayi itu sebagai anaknya menyebabka­n Atifa terpaksa membesarka­nnya seorang diri.

Walaupun sedih akibat ditinggalk­an suami, namun Atifa tetap gembira kerana impiannya menjadi ibu akhirnya tercapai.

“Satu-satu impian dalam hidup saya adalah mempunyai anak dan kini impian itu menjadi kenyataan. Saya tidak takut kerana tuhan memberi kekuatan kepada saya.

“Saya tahu kehidupan sebagai ibu tunggal adalah sukar tetapi saya akan berjuang membesarka­n anak saya ini,” tegasnya.

 ??  ?? ATIFA dan bekas suaminya, Nokic bersama bayi mereka yang baru dilahirkan baru-baru ini. - Agensi
ATIFA dan bekas suaminya, Nokic bersama bayi mereka yang baru dilahirkan baru-baru ini. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia