Harian Metro

Taktik nak selamatkan diri

-

Beberapa anggota Daish bertindak menyamar sebagai wanita selepas mereka terdesak untuk menyelamat­kan diri berikutan kejatuhan kubu kuat kumpulan itu di Mosul.

Seorang daripada mereka dirakam cuba menyamar dengan memakai gincu merah menyala, pembayang mata ungu, maskara dan krim asas serta memakai tudung untuk cuba menyelamat­kan diri.

Bagaimanap­un, dia tidak mencukur janggut dan misainya, memudahkan taktiknya terbongkar.

Gambar lelaki itu bermekap penuh diedarkan selepas dia ditangkap oleh tentera Iraq di Mosul.

Satu lagi gambar menunjukka­n seorang militan memakai rambut palsu dan coli dalam usaha memperdaya askar yang mencari saki-baki Daish.

Namun, dia berjaya dikesan kerana bulu dadanya dapat dilihat di atas colinya yang londeh.

Itu antara muslihat yang cuba digunakan militan Daish ketika cuba mengelak daripada ditangkap selepas mereka tumpas dalam pertempura­n selama sembilan bulan. Miami: Snooty, manatee tertua di dunia dalam kurungan mati akibat kejadian yang tidak diduga di sebuah akuarium di Florida sehari selepas dia diraikan sempena ulang tahun kelahirann­ya yang ke-69.

Mamalia itu ditemui mati di Muzium Bradenton di Florida Selatan, kelmarin.

Manatee ialah haiwan mamalia marin yang juga dikenali sebagai lembu laut dan tergolong dari keluarga

Beberapa gambar lain menunjukka­n miltan memakai mekap atau pakaian wanita dengan seorang memegang beg tangan biru.

Pertempura­n Mosul, kubu kuat Daish terakhir di Iraq yang bermula Oktober tahun lalu menyebabka­n ribuan orang mati dan lebih setengah juta penduduk terpaksa berpindah.

Daish menawan bandar berkenaan pada 2014 dan mengisytih­arkannya sebagai ibu negara kerajaan khalifahny­a di Iraq dan Syria.

Penduduk Mosul berkata, kehidupan mereka amat terseksa sepanjang pemerintah­an kumpulan militan itu.

Seorang penduduk, Mohamad Zuhair, 31, berkata: “Ia seperti hidup di neraka. Anda dinafikan segala-galanya. Anda tidak berhak memiliki telefon atau memakai jean. Saya terpaksa memelihara janggut.”

Militan Daish menyamar wanita untuk elak ditangkap di Mosul

 ??  ?? GAMBAR yang dikongsi oleh tentera Iraq menunjukka­n cara militan Daish yang cuba menyelamat­kan diri, termasuk memakai coli, selepas kumpulan itu tumpas di Mosul,
baru-baru ini. - Agensi
GAMBAR yang dikongsi oleh tentera Iraq menunjukka­n cara militan Daish yang cuba menyelamat­kan diri, termasuk memakai coli, selepas kumpulan itu tumpas di Mosul, baru-baru ini. - Agensi
 ??  ?? SEORANG kanak-kanak perempuan
Yaman menggogok air yang diambil dari telaga di sebuah kampung di pinggir bandar Hodeidah. Wilayah berkenaan menghadapi
masalah kekurangan air
yang teruk akibat kemarau.
- AFP
SEORANG kanak-kanak perempuan Yaman menggogok air yang diambil dari telaga di sebuah kampung di pinggir bandar Hodeidah. Wilayah berkenaan menghadapi masalah kekurangan air yang teruk akibat kemarau. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia