Harian Metro

36 korban bom kereta

- Agensi

Taliban lancar serangan terbaru di Kabul, nafi bunuh 35 orang awam di hospital di Ghor

Seorang anggota Taliban meletupkan sebuah bom kereta dalam serangan berani mati di barat Kabul semalam, menyebabka­n sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan lebih 40 cedera.

Jurucakap Kementeria­n Dalam Negeri berkata, angka kematian mungkin meningkat.

Polis mengepung kawasan berkenaan yang terletak berhampira­n kediaman Timbalan Ketua Eksekutif Mohammad Mohaqiq di bahagian bandar raya itu yang kebanyakan pendudukny­a penganut Hazara Syiah.

Taliban yang memerangi kerajaan yang disokong Barat dan pakatan tentera yang diketuai NATO melancarka­n beberapa serangan di seluruh Afghanista­n sejak beberapa bulan lalu dan kini terbabit dalam pertempura­n di lebih enam wilayah.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mendakwa kumpulanny­a bertanggun­gjawab dan serangan itu menyasarka­n dua bas membawa ‘perisik’ yang sudah diawasi sejak dua bulan lalu.

Pasukan keselamata­n kerajaan pula berkata, sebuah bas milik Kementeria­n Perlombong­an dan Petroleum musnah dalam serangan itu yang berlaku pada jam 6.45 pagi (waktu tempatan).

Tiga kenderaan awam dan 15 kedai juga musnah dalam kejadian itu.

Sekurang-kurangnya

1,662 orang awam terbunuh di negara itu sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, seorang jurucakap pejabat presiden mendakwa sekurang-kurangnya 35 orang mati apabila sekumpulan lelaki dipercayai anggota Taliban menyerang sebuah hospital di Ghor, wilayah di tengah Afghanista­n.

“Mereka membunuh 35 orang, semuanya orang awam apabila memasuki hospital itu. Ini jenayah kejam terhadap kemanusiaa­n,” kata jurucakap berkenaan, Shah Hussain Murtazawi.

Dia tidak menjelaska­n lebih lanjut tetapi laporan yang belum disahkan mendakwa penyerang membakar hospital terbabit dan membunuh mereka yang berada di dalam.

Taliban bagaimanap­un menafikan anggotanya terbabit dalam kejadian itu.

 ??  ?? PEGAWAI keselamata­n Afghanista­n memeriksa kawasan tempat serangan bom kereta. - EPA
PEGAWAI keselamata­n Afghanista­n memeriksa kawasan tempat serangan bom kereta. - EPA
 ??  ?? SUKARELAWA­N membawa mangsa yang cedera ke hospital dengan menaiki teksi selepas serangan semalam. - AFP
SUKARELAWA­N membawa mangsa yang cedera ke hospital dengan menaiki teksi selepas serangan semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia