Harian Metro

ELAK TEKANAN

- Saiful Affendy Sapran & Ferzalfie Fauzi sukan@hmetro.com.my

 Ziyad enggan letak harapan tinggi raih emas di KL2017

Meskipun sudah memegang status juara dunia pada Kejohanan Olahraga Para Dunia, atlet paralimpik negara Ziyad Zolkefli tidak mahu terlalu melaungkan keyakinan mampu menghadiah­kan pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) bulan depan.

Jelas Ziyad, dia tidak mahu meletakkan tekanan ke atas dirinya sendiri kerana mahu memastikan dapat memberikan yang terbaik pada temasya dwitahunan itu.

“Saya tak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi sebab saya tak mahu akhirnya nanti mengecewak­an diri sendiri.

“Ini pengalaman pertama saya bersaing bersama atlet normal. Jadi saya mahu menikmati suasana beraksi di Sukan SEA.

“Sudah tentu saya mahu melakukan yang terbaik tapi tak mahu terlampau ingin menang,” katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Bagi Ziyad, Sukan SEA pentas yang cukup berbeza berbanding kejohanan lain yang pernah disertainy­a.

“Saya akan bertemu atlet yang lebih hebat di Sukan SEA. Jadi saya menjangkak­an saingan pasti lebih sengit.

“Jika dapat menang emas, Alhamdulil­lah,” katanya.

Ziyad memenangi acara lontar peluru T20 (masalah pembelajar­an) dengan melakar rekod dunia sejauh 17.29 meter di London.

Atlet lontar peluru itu dilihat berpeluang untuk meraih pingat menerusi catatan terbaru yang dilakukann­ya itu di KL2017.

Pada Sukan SEA 2015 di Singapura, acara itu dimenangi atlet Thailand Promrob Juntima dengan jarak 17.47m disusuli rakan senegara Chatchanal Polyiam 17.05m manakala gangsa milik atlet negara Adi Alifuddin Hussin.

 ??  ??
 ??  ?? ZIYAD meraikan kejayaan bersama isterinya Zafirah Md Nasir sebaik tiba di KLIA, semalam.
ZIYAD meraikan kejayaan bersama isterinya Zafirah Md Nasir sebaik tiba di KLIA, semalam.
 ??  ?? ZIYAD bersama pingat emas dimenangin­ya di London.
ZIYAD bersama pingat emas dimenangin­ya di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia