Harian Metro

Kekal momentum

- Saiful Affendy Sapran & Ferzalfie Fauzi sukan@hmetro.com.my

 Jun Hoong mahu terus raih banyak kejayaan untuk negara

Cheong Jun Hoong sama sekali tidak berasa tertekan untuk mengekalka­n momentum cemerlangn­ya selepas ini sebaik mencipta sejarah memenangi pingat emas menerusi acara 10 meter platform individu wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary, Rabu lalu.

Sebaliknya tegas altet berusia 27 tahun itu, segala-galanya perlu bermula daripada sifar kembali untuknya terus meraih sebanyak mungkin kejayaan pada masa depan.

“Bagi saya ia sekadar satu gelaran saja. Tidak ada juara yang akan menjadi juara buat selama-lamanya.

“Hanya sejarah sudah tercipta. Setiap pertanding­an hanya mempunyai juara, naib juara serta tempat ketiga.

“Saya tidak melihat kejayaan ini memberi tekanan pada masa depan. Sekurang-kurangnya saya sudah membanggak­an negara,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Jun Hoong juga memenangi gangsa untuk acara 10 meter platform seirama wanita bersama Pandelela Rinong.

Mengenai temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) bulan depan, Jun Hoong mengakui tidak mempunyai pesaing yang mampu menggugat impiannya untuk memenangi pingat emas.

“Saya rasa seluruh kontinjen negara juga menyasarka­n untuk memenangi pingat emas. Sudah tentu saya juga mahu memenangi pingat emas.

“Tapi, saya sama sekali tidak memandang mudah cabaran daripada pesaing lain,” katanya.

Jun Hoong memenangi emas selepas memungut 397.50 mata selepas lima terjunan menewaskan bekas juara dunia Si Yajie (China) yang sekadar berpuas hati dengan perak apabila meraih 396.00 mata.

Rakan sepasukan Yajie, Ren Qian yang meraih pingat emas di Sukan Olimpik Rio tahun lalu meraih gangsa apabila mengumpul 391.95 mata.

 ?? FOTO: NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN ?? JUN Hoong (tengah) meraikan kejayaan bersama keluarga sebaik tiba di KLIA, semalam.
FOTO: NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN JUN Hoong (tengah) meraikan kejayaan bersama keluarga sebaik tiba di KLIA, semalam.
 ??  ?? SEBAHAGAIA­N penyokong meraikan kepulangan Jun Hoong.
SEBAHAGAIA­N penyokong meraikan kepulangan Jun Hoong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia