Harian Metro

Pandelela teruja kejayaan rakan

-

Sepang: Tidak kisah hilang gelaran ‘Ratu Terjun Negara’ dan bukan satu tekanan, ujar pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Pandelela Rinong selepas rakan senegarany­a, Cheong Jun Hoong berjaya meraih emas Kejohanan Dunia acara 10 platform individu wanita Rabu lalu.

Menurut penerjun berusia 24 tahun itu, dia amat menghormat­i Jun Hoong selaku rakan sepasukan dan seniornya dalam pasukan terjun negara.

“Saya rasa gembira dengan kejayaanny­a. Dalam masa sama dia juga atlet contoh buat kami. Kami akan buat lebih baik dan berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukann­ya. Masa saya mula masuk skuad terjun negara pada 2007 dia sudah ada selaku atlet negara,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Jelasnya, apa yang dicapai Jun Hoong adalah usaha gigih serta kerja keras sepanjang latihan ketika bergelar sebagai atlet negara.

“Kami nampak sendiri bagaimana dia berusaha dalam latihan dan sewaktu berdepan penurunan prestasi serta kecederaan. Sekarang saya pula mengalami pengalaman ini. Ini akan menjadikan satu motivasi dan saya tidak kisah hilang gelaran ‘Ratu Terjun Negara’ asalkan saya masih dihargai.

“Sebenarnya saya rasa gembira sangat atas pencapaian skuad terjun kali ini. Ini kerana tahun-tahun sebelum ini saya seperti keseoranga­n pada saingan akhir. Kali ini

Jun Hoong ada

(gambar)

bersama saya jadi tidak rasa terlalu sunyi, boleh tengok drama serta gosip bersama,” katanya yang menganggap ia satu persaingan sihat antaranya dan Jun Hoong.

Ditanya mengenai prestasiny­a di Kejohanan Dunia, Pandelela mengakui dia masih lagi mengekalka­n prestasiny­a selepas meraih gangsa 10m platform seirama wanita bersama Jun Hoong.

“Kejohanan yang sama sebelum ini juga saya meraih gangsa, bezanya bertukar acara dan pasangan,” katanya yang tidak sabar untuk beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia