Harian Metro

Bangga jadi legenda Tour de France

-

Paris: Pelumba Britain Chris Froome menjulang gelaran Tour de France pada akhir peringkat ke-21 dan terakhir yang dimenangi Dylan Groenewege­n kelmarin dan memberitah­u ia satu penghormat­an besar untuk berada dalam kelompok pelumba basikal terhebat.

Froome yang mewakili pasukan Sky menjuarai jelajah itu pada edisi 2013, 2015 dan 2016 dan berada di tempat kelima dalam senarai juara Jelajah sepanjang zaman di belakang Eddy Merckx, Jacques Anquetil, Bernard Hinault dan Miguel Indurain yang masing-masing merangkul lima kejuaraan.

“Satu penghormat­an untuk disebut sebaris dengan mereka yang ditempatka­n dalam sejarah Tour de France,” kata Froome, 32, yang berazam menyamai rekod mereka tahun depan.

“Ia juga satu penghormat­an untuk berada dalam posisi mencatat rekod itu.

(gambar)

“Setiap kali saya menjuarai Jelajah, ia sesuatu yang unik dan berbeza, perjuangan yang berbeza untuk mengecapi detik ini.

“Setiap satunya adalah istimewa dan tahun ini ia pasti dikenang kerana mempamerka­n saingan paling sengit dalam kalangan pencabar.”

Pada hujung minggu ketiga, 21 peringkat dan lebih 3,500km, Froome melepasi garisan penamat di Champs Elysees di Paris sambil tersenyum lebar dengan rakan sepasukan Sky yang menyarung jersi istimewa untuk acara itu dengan garisan biru yang sinonim dengan pasukan itu digantikan dengan kuning. - AFP mengumpul 21 bawah par 263 keseluruha­n.

“Saya tidak menjangkak­an apa-apa langsung. Mungkin itu sebabnya saya bermain dengan baik hari ini,” kata In Kyung.

“Pemain hebat berada dalam kelompok pendahulu dan saya hanya mahu bermain dengan baik dan hari ini saya berjaya melakukann­ya.”

Ia kejayaan kedua dalam tempoh beberapa bulan buat In Kyung yang menjulang kejohanan Klasik LPGA ShopRite LPGA minggu lalu.

Dia juga menyertai tiga kejohanan Jelajah Wanita Eropah termasuk kemenangan kedua dalam tempoh tiga tahun sewaktu Masters Wanita Eropah September lalu. - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia