Harian Metro

Jangan bimbang

- AFP

Phandalan Neymar akan kekal di Barcelona, menurut rakan sepasukann­ya Gerard Pique, yang memuat naik mesej di Twitter berhubung status pemain itu semalam.

Pertahanan Sepanyol Pique mengesahka­n bintang Amerika Selatan itu akan terus berada di Nou Camp dengan memuat naik gambar Neymar dengan kenyataan “Dia akan kekal.”

Mesej itu dimuat naik beberapa jam selepas Neymar memberikan peringatan buat peminat Barcelona terhadap kehebatan dimilikiny­a apabila jagoan itu menjaringk­an dua gol bagi membolehka­n skuad gergasi Sepanyol itu menewaskan Juventus 2-1 dalam aksi persahabat­an pramusim di New Jersey kelmarin.

Bintang handalan Brazil itu dihimpit spekulasi yang mengaitkan­nya dengan perpindaha­n bernilai rekod dunia 222 juta euro (RM1.1 bilion) ke Paris Saint-Germain. enyerang Brazil,

(gambar)

Akhbar Perancis, Le Parisien melaporkan di laman webnya semalam bahawa perpindaha­n Neymar ke PSG akan dimaklumka­n secara rasmi dalam tempoh beberapa hari lagi.

Malah laman web ESPN melaporkan dengan memetik sumber yang tidak didedahkan menyatakan Neymar tidak tahu mengapa Pique memuat naik gambar dan mesej di Twitter.

Pengurus Barcelona Ernesto Valverde menafikan spekulasi perpindaha­n Neymar

 Pique yakin Neymar kekal di Nou Camp

ke Perancis Jumaat lalu, menafikan khabar angin dan berkata kelab itu masih mahukan khidmatnya.

“Ini musim khabar angin. Kami faham bagaimana keadaannya,” kata Valverde. “Dia bersama kami ketika ini. Salah seorang daripada kami. Dia pemain yang kami cinta dan mahukan. Bukan hanya kerana bola sepak tapi juga apa yang dibawanya ke bilik persalinan.

“Ia hanya khabar angin. Tidak perlu bimbang terhadap perkara yang kita tidak tahu jika ia akan berlaku atau tidak. Jika ia berlaku pada masa depan, kita akan lihat nanti tapi tidak perlu risau mengenainy­a sekarang.”

Barcelona, dengan Neymar dijangka diturunkan akan menentang Manchester United di Washington dalam aksi persahabat­an pramusim Khamis ini.

 ??  ?? bersama GAMBAR Pique
Twitter miliknya. Neymar di
bersama GAMBAR Pique Twitter miliknya. Neymar di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia