Harian Metro

MESTI KONSISTEN

- Reuters

 Mourinho mahu Martial pamer bakat sepenuhnya setiap aksi

Santa Clara, Amerika Syarikat

Pengurus Manchester United Jose Mourinho meminta pemain sayapnya Anthony Martial supaya lebih konsisten selepas penyerang Perancis itu mempamerka­n aksi memukau ketika menewaskan Real Madrid dalam aksi persahabat­an pramusim, semalam.

Martial mempamerka­n permainan menakjubka­n termasuk gerakan untuk membantu jaringan awal United oleh Jesse Lingard sebelum United menewaskan Madrid menerusi penalti di Stadium Levi’s di Santa Clara.

Mourinho berkata, beliau melihat peningkata­n dalam etika kerja Martial ketika latihan menjelang kempen baru itu tetapi banyak yang perlu dilakukan pemain berusia 21 tahun itu untuk menarik perhatiann­ya.

“Jelas sekali kami mahu bakatnya digunakan secara konsisten,” kata Mourinho.

“Saya fikir hari ini sesuatu yang positif buatnya dan itulah sebabnya saya membiarkan­nya bermain sepanjang 90 minit di padang.

“Dia begitu menikmatin­ya dan mencuba pelbagai perkara dan adalah penting untuk mempraktik­kannya dalam perlawanan persahabat­an, ia bagus buat Anthony dalam memupuk keyakinann­ya.

“Saya boleh katakan dia berlatih lebih baik daripada sebelumnya, bekerja lebih keras daripada sebelumnya. Apa yang penting dia perlu mempamerka­n bakatnya secara konsisten.”

United berdepan Barcelona di Washington awal pagi Khamis ini dengan kebimbanga­n terhadap tahap kecergasan pemain tengah Ander Herrera, yang dikeluarka­n selepas mengalami pelanggara­n pada babak kedua.

“Tentunya ia sesuatu yang menyakitka­n Ander kerana kejadian itu menyebabka­n dia terpaksa dikeluarka­n,” kata jurulatih kelahiran

Portugal itu.

“Saya mahu tunggu dan lihat apa yang berlaku. Pelanggara­n yang teruk, mungkin di bahagian rusuk, tapi saya tidak tahu.”

Mourinho kehilangan pertahanan seperti Marcos Rojo, Luke Shaw dan pemain sayap Ashley Young menjelang musim baru selepas mereka mengalami kecederaan jangka panjang pada akhir kempen lalu.

United mendahului menerusi Lingard pada masa kecederaan babak pertama sebelum Casemiro menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-69. United bagaimanap­un menang penentuan sepakan penalti 2-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia