Harian Metro

Sabah waspada ancaman JDT II

- Ryan Stanley sukan@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Sabah berazam untuk meneruskan rentak kemenangan mereka apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Likas, di sini, malam ini.

Pengendali­nya Jelius Ating berkata, kemenangan pada perlawanan itu penting untuk terus menjauhkan diri daripada zon penyingkir­an, apatah lagi mereka beraksi di depan penyokong sendiri.

“Sudah pasti kami mahukan kemenangan, terutama kami bermain di gelanggang sendiri.

“Bagaimanap­un, untuk memenangi perlawanan ini bukanlah mudah kerana JDT II juga pasukan yang kuat, kami perlu kerja lebih keras untuk mencapai sasaran itu,” katanya semalam.

Jelius berkata, pemain juga perlu beraksi bersungguh-sungguh hingga tamat perlawanan dan bukannya mudah berasa selesa seperti perlawanan lalu.

“Pada aksi bertemu MISC-MIFA minggu lalu, kami beraksi dengan baik pada babak pertama dan mendapat dua gol.

“Bagaimanap­un pada separuh masa kedua, kami seperti sudah selesa dengan kedudukan itu hingga menyebabka­n lawan berjaya menghasilk­an gol, kami perlu elak ia berulang malam esok (hari ini),” katanya.

Sementara itu, bekas pemain itu berkata, beliau akan melakukan membuat sedikit perubahan terhadap barisan pemainnya malam ini.

Ia berikutan kecederaan yang dialami Alto Linus dan Rahman Shah Marajeh ketika beraksi pada perlawanan bertemu MISC-MIFA minggu lalu.

“Kami mungkin menurunkan sama ada Randy Baruh atau Jenius Karib untuk menggantik­an kekosongan yang ditinggalk­an Alto di bahagian pertahanan.

“Selain itu, kami juga akan mendapat semula khidmat Maxsius Musa yang sudah cergas daripada kecederaan dengan pemain ini mungkin beraksi menggantik­an sama ada Ummareng Bachok atau Leopold Alfonso Otong,” ujarnya.

 ??  ?? PEMAIN Sabah, Rodoljub Paunovic (kanan) mengawal bola sambil diasak pemain UiTM , Shafiq Al-Hafiz.
PEMAIN Sabah, Rodoljub Paunovic (kanan) mengawal bola sambil diasak pemain UiTM , Shafiq Al-Hafiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia