Harian Metro

Penyu idam kekal takhta

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Terengganu yang kini muncul pendahulu baru Liga Perdana bertekad mahu mengekalka­n posisi teratas itu biarpun berdepan pasukan tangga kedua Negeri Sembilan dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Malah skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu juga berazam untuk membalas dendam kekalahan 2-3 kepada skuad Hobin Jang Hobin itu dalam aksi pusingan pertama liga Februari lalu.

Kapten Abdul Latiff Suhaimi berkata, ia titik perubahan buat pasukan untuk terus memperagak­an aksi terbaik selain tidak mahu menoleh ke belakang lagi dalam misi memburu tempat ke Liga Super tahun depan.

“Selepas kali pertama berada di tangga teratas sepanjang liga musim ini, kami bertekad mahu mengekalka­n kedudukan itu dan peluang ini cerah biarpun bertemu Negeri Sembilan yang pasti mempunyai misi untuk merampas kembali kedudukan itu.

“Justeru saya mengingatk­an diri dan rakan sepasukan supaya mempamerka­n aksi terbaik bagi memastikan tiga mata dapat dikutip di laman sendiri sekali gus terus menerajui takhta liga,” kata Latiff yang baru sembuh daripada kecederaan lutut.

Sementara itu, Irfan Bakti menuntut pemainnya supaya terus mengekalka­n disiplin tinggi seperti diperagaka­n ketika menundukka­n Kuala Lumpur 2-1 minggu lalu.

Selain itu bekas jurulatih FELDA United itu juga mahukan anak buahnya beraksi sebagai satu pasukan dalam misi mengutip tiga mata bagi menjarakka­n lagi dengan pasukan lain.

“Pertemuan malam ini dijangka sengit dan sudah pasti menjadi tumpuan kerana pertemuan pasukan di tangga teratas dan kedua liga se-

 Anak buah Irfan tekad balas kekalahan kepada Negeri Sembilan pada aksi Piala Malaysia

perti pertemuan dengan Kuala Lumpur minggu lalu.

“Beraksi di tempat sendiri sudah tentu kami mahukan kemenangan, tapi saya ingatkan pemain usah berasa selesa biarpun berada di persada liga kerana masih ada baki lima perlawanan lagi, lagipun perbezaan mata tidak begitu jauh.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia