Harian Metro

Adib tuntut rakan kekal konsisten

- Saiful Affendy Sapran & Ferzalfie Fauzi sukan@hmetro.com.my

Sepang: Kapten skuad bawah 22 tahun (B-22) negara Muhd Adib Zainudin berharap momentum cemerlang barisan pemain negara akan dapat diteruskan pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) bulan depan.

Tegas Adib, dia serta rakan sepasukan lain meletakkan kepercayaa­n yang tinggi terhadap pengendali skuad negara Datuk Ong Kim Swee pada temasya dwitahunan itu.

“Saya percaya selepas ini jurulatih mempunyai perancanga­n tersendiri. Sebagai pemain kami akan mengikut saja apa saja ketika menumpaska­n Indonesia dan Mongolia.

“Setidak-tidaknya saya berjaya membuatkan keluarga bangga terutama sekali peminat setia saya iaitu bapa saya, S Nadarajah. Beliau rajin melihat saya bermain tapi sekarang ini hanya melalui televisyen saja kerana beliau lumpuh dari bahagian pinggang akibat kemalangan,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Jelasnya, bapanya bukan saja suka melihatnya beraksi di tengah padang tapi sentiasa mahukan dirinya mampu untuk menjaringk­an gol.

“Bukan saja saya perlu meraih emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tapi perlu menjaringk­an gol untuknya. Setiap kali turun beraksi beliau akan berpesan kepada saya menjaringk­an satu gol. Jadi setiap jaringan itu adalah hadiah istimewa buatnya,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Ditanya mengenai pencapaian skuad B-22 negara di

arahannya.

“Beliau seorang jurulatih yang cukup berpengala­man dan kami sentiasa percaya dengan apa saja keputusann­ya,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Di sebalik persiapan yang tempang, skuad B-22 bimbingan Kim Swee tetap mampu mencipta sejarah mara ke pusingan akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China tahun depan buat kali pertama menerusi kempen kelayakan di Bangkok, berakhir kelmarin.

Sementara itu, Adib yang beraksi dengan FELCRA FC di Liga FAM berkata, kunci kejayaan di Bangkok adalah dia serta barisan pemain lain menerapkan tahap disiplin yang tinggi. “Sebagai seorang ketua, saya perlu pastikan setiap arahan jurulatih dapat diterapkan di tengah padang. Perkara yang paling penting adalah disiplin.

“Setiap pemain juga bermati-matian ketika turun beraksi dan usaha itu berbaloi apabila kami berjaya mara ke pusingan seterusnya,” katanya. Bangkok, Thanabalan mengakui ia masih belum cukup dan banyak lagi perkara perlu dilakukan selepas ini.

“Kami sudah layak tapi kami masih belum jumpa mereka yang rata-ratanya negara gergasi di benua Asia. Kami perlu duduk bersama lagi, lebih bersemanga­t untuk bertemu gergasi Asia, bagi saya ia bukan mudah.

“Kini kami perlu melakukan lebih baik berbanding apa yang kami buat di sana (Bangkok). Lima hari kami kumpul bersama masih belum cukup ampuh terutama dari segi taktikal. Memang kami buat segala yang disuruh jurulatih, Datuk Ong Kim Swee tapi bagi saya ia masih belum cukup,” katanya yang mewakili FELCRA FC.

Thanabalan yang menjadikan Cristiano Ronaldo dan S Kunanlan sebagai idola mengakui semakin bersemanga­t untuk beraksi bersama skuad B-23 menjelang Sukan SEA selepas meledak lapan gol termasuk di Piala Dubai, perlawanan persahabat­an dan di Bangkok.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia