Harian Metro

‘Bukan buat salah pun!’

- DARI MUKA 1

Sepanjang 15 tahun dalam arena seni, Aedy tak pernah cetus kontrovers­i untuk tarik perhatian

“Saya hanya menjadi diri sendiri. Selama ini saya berusaha keras mendapatka­n susuk badan dambaan ramai lelaki. Jadi, apa salahnya saya kongsi di Instagram.

“Lagipun, saya bukan sengaja mahu cetus kontrovers­i. Ini kehidupan dan pilihan saya. Terpulang kepada khalayak mahu melihatnya atau tidak,” katanya.

Kata Aedy, sepanjang 15 tahun mencanai bakat dalam arena seni, dia tidak pernah sengaja menarik perhatian umum dengan mencetuska­n kontrovers­i. Kalau pun ada cerita kurang enak, ia berlaku tanpa diduga.

“Kalau dengan menjadi diri sendiri membuatkan orang bercakap buruk mengenai saya, itu bukan masalah saya. Mereka bukan individu yang beri saya makan atau kerja.

“Biasalah, mulut orang susah kita nak tutup. Kadangkala makin dilayan makin menjadi-jadi. Jalan terbaik adalah jangan ambil kisah,” katanya.

Sementara itu, Aedy juga dikatakan sukar dihubungi pihak media. Saat perkara itu dipersoalk­an, Aedy pantas menafikann­ya.

“Saya jenis fokus dengan kerja. Saya mahu impak yang boleh memajukan kerjaya.

“Bukan saya lari daripada media tetapi tidak ada cerita menarik untuk dikongsi,” katanya.

Menyentuh perkembang­an kerjaya, Aedy mengakui tidak pernah jauh hati atau merungut apabila sering ditawarkan watak pembantu sebaliknya bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang datang.

“Saya tidak ada masalah bawa watak pembantu. Kecil atau besar sesuatu watak itu, ia tetap rezeki dan kita kena bersyukur.

“Lagipun, watak yang saya lakonkan setakat ini bukan tugas mudah. Saya sentiasa mencari kelainan dalam persembaha­n dan memastikan setiap naskhah yang dijayakan meninggalk­an kesan mendalam di hati penonton,” katanya.

Selain itu, Aedy kini rancak menjalani penggambar­an drama bersiri 100 episod berjudul Dendam Aurora yang turut dibintangi Nabila Huda dan Ungku Ismai. -Najiy Jefri

 ??  ?? Biasalah, mulut orang susah kita nak tutup. Kadangkala makin dilayan makin menjadijad­i. Jalan terbaik adalah jangan ambil kisah
Biasalah, mulut orang susah kita nak tutup. Kadangkala makin dilayan makin menjadijad­i. Jalan terbaik adalah jangan ambil kisah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia