Harian Metro

Masa fokus diri sendiri

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Nabila tidak mahu lagi terlalu banyak terima tawaran berlakon

Bakal tampil dengan drama bersiri 100 episod berjudul Dendam Aurora, pelakon Nabila Huda kini lebih selesa mengambil satu atau dua tawaran dalam setahun.

Baginya, usia yang kini menginjak 30-an memerlukan dia lebih banyak berehat dan menghabisk­an masa bersama suami dan anak.

Nabila berkata, drama bersiri terpanjang itu pertama kali dilakonkan­nya dan dia tertarik menerima tawaran itu kerana watak yang diberikan.

Nabila berkata, dia selesa dengan watak berat seperti itu berbanding watak ringan dan manja seperti yang menjadi trend sekarang ini.

“Lebih 10 tahun terbabit dalam bidang lakonan, saya rasa sekarang adalah masa sesuai untuk fokus pada diri sendiri.

“Saya sudah tidak mahu terlalu banyak mengambil tawaran berlakon sehingga penat dan kadang-kadang sampai tertidur di lokasi penggambar­an,” katanya.

Nabila berkata, Dendam Aurora adalah kemunculan semulanya dalam drama bersiri selepas hampir dua tahun tidak muncul di kaca TV.

“Kaki saya sudah menggigil tidak sabar hendak bercuti dan rasa rindu mahu menaiki kapal terbang.

“Rasa tidak sabar hendak menghabisk­an penggambar­an drama ini yang dijangka tamat hujung tahun ini.

“Bagi saya, pada usia begini saya tidak kuat seperti awal kemunculan yang boleh ambil banyak tawaran dalam satu-satu masa,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai mencari keserasian bersama pasangan dalam lakonan, Nabila berkata, sebagai pelakon dia perlu fokus terhadap apa yang ingin dilakonkan.

“Bagi yang sudah punya kelebihan boleh berlakon apa saja watak, tidak ada masalah, tetapi untuk yang susah, pada saya penting mengkaji watak yang diberikan.

“Tidak perlu sampai tahap keluar ‘dating’ dan minum kopi untuk mendapatka­n keserasian. Bagi saya itu sangat mengarut,” katanya.

Katanya, seharusnya mereka yang ingin membabitka­n diri dalam bidang lakonan mengkaji dan berfikir tujuan asal terbabit dalam bidang lakonan.

“Jika niat mereka untuk jadi pelakon yang serba boleh pasti mereka boleh melakonkan apa juga watak.

“Tetapi jika niat untuk popular dan meramaikan pengikut di laman sosial maka akan wujudlah pelakon yang tiada kualiti,” katanya.

 ??  ?? Tidak perlu sampai tahap keluar ‘dating’ dan minum kopi untuk mendapatka­n keserasian. Bagi saya itu sangat mengarut
Tidak perlu sampai tahap keluar ‘dating’ dan minum kopi untuk mendapatka­n keserasian. Bagi saya itu sangat mengarut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia