Harian Metro

Miliki alunan vokal berbeza

- DARI MUKA 1

Alyah, Farawahida tak sukar cipta keserasian dalam Mengapa Harus Aku

Istimewa tahun ini, buat pertama kali mereka bekerjasam­a menerusi lagu duet berjudul Mengapa Harus Aku ciptaan Alfie Alwi dan lirik oleh Alyah.

Bagi Alyah, 36, biarpun dia dan Farawahida memiliki alunan vokal berbeza, itu membuatkan lagu ini cukup bermakna. Malah tidak sukar untuk mereka mencipta keserasian dalam nyanyian.

“Ini lagu duet pertama saya bersama penyanyi wanita. Lagu ini dirakam pada Mac lalu dan muzik video juga sudah siap. Saya memilih Farawahida kerana ‘tone’ suara kami berbeza. Pendek kata mudah orang nak kenal pasti.

“Sejujurnya, tak susah nak mencipta keserasian kerana suara kami boleh masuk. Malah proses rakaman lagu ini pun sekejap saja. Komitmen diberikan Farawahida sangat bagus. Dia pun cukup menjiwai lagu ini,” katanya.

Alyah yang juga penyanyi lagu Kisah Hati berkata, pemilihan Farawahida atas cadangan beberapa rakan baiknya ketika dia bercerita mengenai projek duet ini.

“Saya menganggap kerjasama kami ini satu rezeki. Tak terfikir pun untuk mencipta sebarang cerita sensasi, sebaliknya semua berlaku secara kebetulan,” katanya.

Berkongsi mengenai kisah peribadi, Alyah dan Farawahida juga memiliki satu lagi persamaan iaitu kedua-dua mereka belum dikurniaka­n anak.

Namun begitu, Alyah yang sudah lima tahun berkahwin dengan pengarah dan penggubah muzik terkenal Datuk Ramli MS sedikit pun tidak berasa tertekan apabila setiap kali diajukan persoalan itu.

“Saya okey saja. Pada saya, Allah itu perancang terbaik. Ada sebab kenapa Dia lambat kurniakan kami anak. Namun saya dan suami tak pernah berhenti berusaha dan putus berdoa. Saya sentiasa percaya dengan ketentuan dan aturan Allah,” katanya.

Menurut Alyah, setiap persoalan dilemparka­n itu tanda ambil berat dan peduli orang sekeliling terhadap dia dan suami.

“Saya tahu yang bertanya ini mereka ambil berat dan peduli. Cuma apabila membabitka­n perkahwina­n mereka perlu faham.

Jika dahulu saya sendiri, sekarang sudah berdua dengan suami.

“Jadi setiap soalan diajukan itu tak semua saya boleh jawab seorang diri macam dahulu. Sekarang ada banyak hati kena jaga terutama suami. Jadi tak adil jika saya seorang saja perlu menjawab,” katanya.

 ??  ?? Sejujurnya, tak susah nak mencipta keserasian kerana suara kami boleh masuk. Malah proses rakaman lagu ini pun sekejap saja. Komitmen diberikan Farawahida sangat bagus.
Sejujurnya, tak susah nak mencipta keserasian kerana suara kami boleh masuk. Malah proses rakaman lagu ini pun sekejap saja. Komitmen diberikan Farawahida sangat bagus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia