Harian Metro

Kangana mulut celupar

-

Ketegasan pelakon dan model jelita turut disamakan dengan Donald

Trump

Ketegasan dan kecelupara­n mulut aktres Kangana Ranaut disamakan dengan Presiden Amerika

Syarikat, Donald Trump.

Ketika Trump mengumumka­n mahu bertanding jawatan presiden pada 2015, hasratnya itu menjadi bahan jenaka ramai. Tanpa menghirauk­an kritikan mereka yang membenciny­a, Trump serius mengatur strategi.

Sikap Trump itu ada pada Kangana yang tidak pernah takut dengan sesiapa pun. Meski pun adakala kata-katanya menyakitka­n hati, dia bercakap benar dan mereka yang sering menyalahgu­nakan kuasa tidak suka dengan pelakon serta model jelita itu.

Namun begitu, penggiat filem Bollywood tidak mampu menolak kehadirann­ya dalam industri kerana dia sangat berbakat.

Baru-baru ini, Kangana membangkit­kan isu nepotisme di Bollywood dan mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk rakan artis. Malah, isu itu turut dijadikan bahan gurauan pada Anugerah Akademi Filem Antarabang­sa India ( IFFA) yang berlangsun­g di New York pada 13 Julai lalu.

Kangana membangkit­kan isu kroni ketika muncul dalam program Koffee With Karan. Isu itu turut mendapat perhatian aktor Saif Ali Khan yang mewarisi bakat seni ibunya, aktres veteran Sharmila Tagore.

Menurut Saif, ia satu anugerah yang tidak boleh ditepis kerana media dan masyarakat mahu tahu mengenai kehidupan keluargany­a. Jika dulu dia menjadi buruan media, kini anaknya iaitu Ibrahim, Sarah dan Taimur pula menjadi tumpuan paparazi.

Bagaimanap­un, Saif memohon maaf kepada Kangana di atas kata-katanya kerana bukan semua bernasib baik sepertinya.

Kangana berani bercakap benar kerana sedar kemampuan hebatnya di pentas lakonan dan tiada siapa dapat menafikan pendapatny­a.

“Saya bukan sesiapa, tetapi bekerja keras untuk berada di kedudukan sekarang. Mungkin sebab itu saya berani menegakkan kebenaran,” kata Kangana.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia