Harian Metro

Mangsa renjatan elektrik sumber ilham

-

“Saya amat mengagumi orang seperti itu sekali gus ia memberi inspirasi kepada syarikat produksi saya untuk dijadikan sebuah karya. Hairuman kehilangan kedua-dua tangan dan kaki kirinya. Sebagai remaja, saya rasa itu satu keajaiban apabila dia mampu menerima keadaannya itu dengan hati terbuka. Bukan senang meneruskan kehidupan begitu apatah lagi dia anak yatim piatu,” katanya.

Bercakap mengenai proses produksi pula, Yaya berkata, kesukaran yang terpaksa dilalui ketika penggambar­an ialah kerana pergerakan orang kurang upaya sangat terhad.

“Jadi kami perlu kreatif supaya setiap paparan mampu memberikan impak yang mendalam kepada penonton. Selain itu, pasukan produksi yang sentiasa bantu-membantu dan memahami apa yang diinginkan, turut menyumbang kepada kejayaan penghasila­n video itu.

“Kami mengharapk­an sokongan rakyat Malaysia di seluruh dunia untuk mengundi Brave. Ia bukan untuk kemenangan individu, sebaliknya kami membawa nama negara supaya industri kreatif luar negara membuka mata melihat keupayaan kita bersaing pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Pertanding­an FOA tahun ini mencatatka­n jumlah rekod 209 penyertaan melalui lima kategori iaitu Australia

& New Zealand Schools Documentar­y, Australia & New Zealand Schools Short Film, Australian Open Documentar­y, Australian Open Short Film dan Internatio­nal Award.

Tahun lalu, Uganda dan Sri Lanka terpilih sebagai pemenang FOA.

Orang ramai boleh membuat undian bermula hari ini hingga 7 Ogos ini di laman web http://www. focusonabi­lity.com.au/

Pemenang akan menerima wang tunai lebih daripada RM460,000.

 ??  ?? KETIKA menjalani penggambar­an filem pendek Brave. Ia bukan untuk kemenangan individu, sebaliknya kami membawa nama negara supaya industri kreatif luar negara membuka mata melihat keupayaan kita bersaing pada peringkat antarabang­sa
KETIKA menjalani penggambar­an filem pendek Brave. Ia bukan untuk kemenangan individu, sebaliknya kami membawa nama negara supaya industri kreatif luar negara membuka mata melihat keupayaan kita bersaing pada peringkat antarabang­sa
 ??  ?? HAIRUMAN kehilangan dua tangan dan kaki kiri akibat terkena renjatan elektrik.
HAIRUMAN kehilangan dua tangan dan kaki kiri akibat terkena renjatan elektrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia