Harian Metro

Hilary mangsa pecah rumah

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Malang buat pelakon Hilary Duff, 29, apabila rumahnya dirompak selepas dia memuat naik foto bercuti bersama anak lelakinya di Kanada, baru-baru ini.

Jurucakap Hilary memaklumka­n meskipun tiada yang cedera, kejadian yang berlaku di Los Angeles, Amerika Syarikat itu agak mengerikan.

“Hilary bersyukur ahli keluarga, kakitangan dan haiwan peliharaan­nya selamat dalam kejadian itu.

“Dia sudah meminta pihak keselamata­n kediamanny­a memberikan kerjasama sepanjang siasatan berlangsun­g,” katanya.

Hilary mengalami kerugian besar apabila barang berharga miliknya dilarikan perompak.

Antaranya, barang kemas namun jumlah sebenar kerugian belum didedahkan pelakon terbabit.

Sewaktu kejadian, Hilary sedang menikmati masa kualiti bersama anaknya, Luca yang berusia lima tahun.

Dia turut memuat naik beberapa foto bersama anaknya itu di Instagram tanpa menyedari rumahnya dirompak tidak lama kemudian.

Dia menjadi mangsa terbaru sindiket rompakan membabitka­n rumah selebriti. Terdahulu, Kendall Jenner kerugian hampir RM1 juta selepas rumahnya dirompak, Mac lalu.

Selain Kendall, antara artis yang turut menjadi mangsa ialah Alanis Morrisette, Cesar Millan dan Nicki Minaj.

Setakat ini, belum ada suspek diberkas. Namun, Hilary sudah mengerahka­n pasukan keselamata­nnya bertindak secepat mungkin.

 ??  ?? HILARY sedang bercuti dengan
anaknya Luca sewaktu
kejadian.
HILARY sedang bercuti dengan anaknya Luca sewaktu kejadian.
 ??  ?? Dia sudah meminta pihak keselamata­n kediamanny­a memberikan kerjasama sepanjang siasatan berlangsun­g FOTO bersama anaknya, Luca
di Instagram.
Dia sudah meminta pihak keselamata­n kediamanny­a memberikan kerjasama sepanjang siasatan berlangsun­g FOTO bersama anaknya, Luca di Instagram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia