Harian Metro

Tolak tajaan majlis nikah

-

Ummi khuatir bercanggah cita rasa

boleh jejas keceriaan

Sibuk dengan persiapan hari bahagia tidak lama lagi selain perlu menyiapkan tanggungja­wab di lokasi penggambar­an drama adalah dua perkara yang dilalui pelakon Ummi Nazeera, 26, saat ini.

Bakal disatukan dengan Dr Mohd Izzar Anwari, 30, pada 3 Ogos ini, Ummi yang ditemui baru-baru ini akui keadaannya baik-baik saja dan gembira kerana kad jemputan sudah mula diedarkan.

Kata Ummi, sebenarnya kini dia sibuk di lokasi dan tidak sempat untuk memikirkan debaran menantikan hari bahagianya itu.

“Ada dua perkara yang saya perlu fokus pada masa ini iaitu perkahwina­n dan penggambar­an drama Chor & Chah. Pada masa ini hanya cenderahat­i yang belum siap kerana ditempah dari luar negara.

“Ikut janji, cenderahat­i itu siap sepenuhnya pada 28 Julai ini dan akan diterbangk­an ke Malaysia pada 29 Julai.

“Disebabkan tarikh itu hampir dengan hari pernikahan, saya harap cenderahat­i itu sempat tiba di sini tepat pada masanya. Jika tidak, kemungkina­n wakil keluarga saya akan terbang ke sana untuk membawa cenderahat­i itu pulang,” katanya.

Pelakon Patah Sebelah Sayap itu akan berehat seketika daripada penggambar­an Chor & Chah pada hujung bulan ini untuk memberi ruang membuat persiapan, lantas bercuti kahwin.

Dalam sibuk di lokasi, baru-baru ini Ummi bersama ahli keluarga dan rakan sibuk bermesyuar­at dengan beberapa wakil bagi membincang­kan kelangsung­an majlisnya nanti.

Melihat kesungguha­n Ummi pada pertemuan itu, dia akui ada

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia