Harian Metro

Hasilkan ubatan farmaseuti­kal

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Pokok patawali dapat kawal kadar

kolesterol dalam badan

Pokok patawali atau dikenali juga dengan akar seruntun atau akar patawali dengan nama saintifikn­ya tinospora crispa daripada famili menisperma­ceae.

Ia adalah tanaman menjalar batang berkerutu dan berdaun lebar seperti daun sirih. Biasanya banyak didapati tumbuh menjalar pada pagar dan kawasan rumah terbiar di kampung atau tumbuh liar di pinggir hutan.

Menurut kajian, herba ini membantu mengawal kadar kolesterol dalam darah.

Secara tradisinya, air rebusan diminum sebagai minuman kesihatan. Ia dipercayai dapat menghindar­kan gigitan nyamuk kerana rasa pahit yang terdapat di dalam tumbuhan ini menyebabka­n rasa pahit pada darah.

Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) menjalanka­n kajian untuk menghasilk­an ubatan farmaseuti­kal bernilai perubatan tinggi setanding ubat-ubatan sintetik.

Ketua Program Inkubasi Teknologi, Bahagian Inovasi dan Komersiali­sasi FRIM Mohd Shahidan Mohamad Arshad berkata, melalui pengetahua­n tradisi turun-temurun, banyak tumbuhan yang berpotensi untuk dikaji bagi dijadikan ubat.

“Penyelidik­an masa ini di peringkat ekstrak, bahan tanaman serta bahan mentah. Untuk memastikan kemampanan dalam penghasila­n produk siap, FRIM menyediaka­n beberapa kepakaran bagi menghasilk­an bahan tanaman dan bahan mentah berkualiti dengan adanya klon patawali.

“Beberapa kriteria digariskan pakar FRIM untuk menghasilk­an klon terbaik ini. Antaranya kajian kimia, genetik, propagasi, sivilkultu­r dan teknologi pasca tuai.

“Kriteria ini melengkapk­an rantaian untuk penghasila­n produk siap yang berkualiti,” katanya ketika ditemui di FRIM, Kepong, baru-baru ini.

Mohd Shahidan berkata, daripada hasil kajian ekstrak menunjukka­n ia selamat sehingga 1,000 miligram/kilogram.

“FRIM menyasarka­n untuk menghasilk­an produk tradisiona­l dengan kerjasama antara FRIM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pharmaniag­a Berhad (Pharmaniag­a)

“Dalam jangka masa 10 tahun, kerjasama ini menyasarka­n untuk menghasilk­an produk fitoubatan yang dapat menembusi pasaran antarabang­sa,” katanya.

Menurutnya, hasil kajian yang dilakukan mendapati pokok ini mudah tumbuh di kawasan semak dan di kawasan penempatan penduduk kerana dipercayai ditanam untuk kegunaan sendiri.

“Penyelidik FRIM telah menubuhkan plot germplasma apabila 200 lokasi di seluruh negara dikumpulka­n untuk kajian seterusnya,” katanya.

 ??  ?? MOHD Shahidan menunjukka­n pokok patawali.
MOHD Shahidan menunjukka­n pokok patawali.
 ??  ?? DAUN patawali.
DAUN patawali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia