Harian Metro

Putrajaya pengeluar cili, rock melon

Projek perkongsia­n pintar bermula Februari lalu guna kaedah fertigasi

- Nursyahira­h Marzuki rencana@hmetro.com.my

Kebiasaann­ya Putrajaya hanya dikenali sebagai pusat yang menjalanka­n aktiviti pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n namun kini, wilayah berkenaan mampu menjadi salah satu pengeluar cili dan rock melon di negara ini.

Pelaksanaa­n projek tanaman cili dan rock melon secara usaha sama di Taman Wetland, Presint 13 itu adalah salah satu perkongsia­n pintar Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) dengan DHZ Resources Sdn Bhd.

Projek usaha sama itu bermula sejak Februari lalu dengan 21,352 pokok cili ditanam di tapak seluas 0.83 hektar manakala 8,747 benih pokok rock melon ditanam dengan keluasan tapak seluas 0.69 hektar.

Kedua-dua tanaman yang mengguna pakai kaedah fertigasi itu dipilih kerana ia dikatakan boleh membuahkan hasil yang lebih banyak berbanding kaedah biasa dalam tempoh singkat.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail berkata,

PSFB sebagai anak syarikat PPj mengorak langkah bijak apabila mereka berjaya menjana pendapatan sendiri untuk menanggung sebahagian kos operasi syarikat.

“Usaha ini bukan sahaja mendatangk­an sumber pendapatan semata-mata, tetapi dapat memenuhi keperluan dasar negara dalam menyediaka­n sumber makanan yang mencukupi.

“Saya difahamkan, cili kulai hybrid 461 dipilih bagi projek ini kerana ia mampu memberi hasil yang tinggi iaitu dua hingga tiga kilogram (kg) cili sepokok dalam tempoh enam bulan sahaja.

“Selain itu, cili ini dipilih berdasarka­n penghasila­n bunga serentak yang memudahkan pengurusan dan penyelengg­araan tanaman serta penuaian hasil nanti.

“Cili berkenaan juga dipilih berdasarka­n permintaan pengguna serta pemborong dengan harga purata hasil ladang adalah sekitar RM4.20 hingga RM5 sekilo manakala harga runcit di sekitar RM5 hingga RM20 sekilo mengikut harga pasaran semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan projek tanaman cili dan rock melon secara usahasama di Taman Wetland, Putrajaya, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Global Inter-Dream (M) Sdn Bhd, Datuk Abdul Halim Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif Floria Diraja Putrajaya, Haslinda Khalid.

Hasim berkata, rock melon jenis glamor adalah antara keluarga rock melon yang paling diterima pasaran ketika ini dan ia dipilih kerana permintaan tinggi oleh pengguna samada secara terus kepada pelanggan atau kepada pemborong.

“Harga purata rock melon untuk hasil ladang di antara RM3.50 hingga RM4 manakala harga runcit di sekitar RM7 hingga RM8 sekilo. Sekiranya dibeli di pasar raya, harga sekilogram buah ini boleh mencecah sehingga RM10.

“Malah, PPj juga akan mempertimb­angkan kawasan tambahan bagi penanaman cili dan rock melon bagi memperluas­kan lagi projek berkenaan. Sekiranya projek ini berjaya, kita juga cuba kembangkan untuk tanaman lain,” katanya.

Beliau berkata, projek tanaman ini juga boleh menjadi salah satu aktiviti pelanconga­n tani atau agro pelanconga­n sekali gus mampu menjadi pemangkin kepada usahasama yang lebih besar.

“Kita boleh menjadikan projek tanaman ini salah satu daripada pakej pelanconga­n di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n di sini. Mungkin ia boleh dimulakan dengan lawatan komuniti setempat atau pelajar sekolah di sini,” katanya.

Sekiranya projek ini berjaya, kita juga cuba kembangkan untuk tanaman lain

HASIM

 ?? FOTO: Ahmad Irham Mohd Noor ?? HASIM (tengah) bersama Abdul Halim dan Haslinda
pada majlis perasmian.
FOTO: Ahmad Irham Mohd Noor HASIM (tengah) bersama Abdul Halim dan Haslinda pada majlis perasmian.
 ??  ?? BERSAMA-SAMA
menunjukka­n buah rock melon.
BERSAMA-SAMA menunjukka­n buah rock melon.
 ??  ?? HASIM memetik cili
kulai.
HASIM memetik cili kulai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia