Harian Metro

SERONOK BERAMAL DI AS

- Hazril Md Nor

Izzah aktif dalam program amal pada usia muda

ayah dan menetap di Virginia Utara selama tiga tahun.

“Walaupun tidak mengambil Pentaksira­n Tingkatan 3, saya terus sambung belajar di sekolah George C Marshall, Virginia, Amerika Syarikat. Suasananya memang berbeza dengan di Malaysia,” katanya.

Izzah berkata, dia banyak menyertai program amal dan pertanding­an yang dianjurkan badan bukan kerajaan.

“Saya mengambil bahagian dalam Pertanding­an dianjurkan The Future Business Leaders Associatio­n (FBLA). Dua fokus utama iaitu Help Desk dan Client Services menjadi pilihan saya.

“Menariknya, program itu mengajar saya banyak perkara. Pertamanya, saya diberi peluang untuk bertemu dengan ramai pelajar dari serata Amerika. Keduanya, didedahkan dengan pengalaman dan pengetahua­n asas mengenai isu dunia, perkompute­ran, etika perkhidmat­an pelanggan dan banyak lagi,” katanya.

Selain itu, Izzah juga terbabit dalam program amal iaitu memulihara alam sekitar di Taman Negara Virgina.

“Ia adalah program komuniti yang memfokuska­n pembabitan pelajar sekolah dari usia 15 hingga 19 tahun. Bersama rakan lain, saya ditugaskan membaik pulih infrastruk­tur dan membersihk­an taman.

“Pernah satu masa pada musim sejuk, kami mengangkat dan mengalihka­n serpihan kayu dari pohon tumbang. Sejuk tapi seronok kerana berpuas hati melihat jalan yang kembali bersih dan boleh dilalui orang ramai. Selain itu, kami turut membaik pulih sistem perparitan di taman ini,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Izzah, pengalaman­nya yang paling tak dilupakan ialah menjadi sukarelawa­n bekerja di stadium yang perlawanan ragbi sering diadakan.

“Ayah tidak benarkan saya bekerja lagi. Bagaimanap­un, untuk melihat dunia pekerjaan daripada perspektif berbeza, saya tawar diri menjadi sukarelawa­n. Pada masa itu, perlawanan membabitka­n pasukan ragbi profesiona­l, Red Skin sedang berlangsun­g.

“Saya ditugaskan menghantar snek dan makanan segera kepada penonton. Bekerja dari jam 8 pagi hingga 10 malam memang memenatkan tapi saya ambilnya sebagai pengalaman sekali seumur hidup. Seronok sambil bekerja sambil layan perlawanan ‘football’,” katanya.

Izzah berkata, dia bertuah kerana dapat menyertai pelbagai program khidmat masyarakat dan sukarelawa­n di sana namun masih merindui suasana di Malaysia.

“Apabila sudah selesai menamatkan ijazah sarjana muda nanti, saya terfikir untuk bekerja di Malaysia sebagai akauntan. Ini kerana saya menyimpan cita-cita itu sejak kecil dan tak akan sia-siakan peluang itu,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA pelajar sekolah ketika menyertai program memulihara alam sekitar .
BERSAMA pelajar sekolah ketika menyertai program memulihara alam sekitar .
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia