Harian Metro

DULU KEDING KINI SADO

- Redzuan Muharam

Pengalaman jadi mangsa buli dorong

Pavithran ubah penampilan

Pengalaman dibuli rakan sebaya menjadi pembakar semangat kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Selayang, M Pavithran mengubah penampilan diri daripada seorang yang bertubuh kurus kering kepada ‘sado’.

Bagaimanap­un, Pavithran berkata, keinginan bertubuh sasa itu bukan kerana insiden itu atau terpengaru­h dengan trend sematamata tetapi disebabkan pembabitan aktifnya dalam sukan wushu dan kini bina badan.

Pavithran berkata, demi mengekalka­n bentuk badan, dia tiada pilihan kecuali menjaga disiplin terutama pengambila­n makanan.

“Dulu saya kerap dibuli rakan ketika di sekolah hanya kerana kurus dan kecil berbanding mereka.

“Bukan setakat itu, saiz badan yang terlalu kurus juga mungkin antara sebab lawan menewaskan saya hingga tersingkir pada pusingan awal ketika menyertai kejohanan wushu peringkat kebangsaan ketika berumur 12 tahun.

“Sejak itu, saya tekad berubah dengan berlatih sepanjang tahun berikutnya selain ke gimnasium bagi melakukan senaman,” katanya yang juga anak sulung daripada tiga beradik.

Bercerita lanjut, Pavithran berkata, pada mulanya, dia malu untuk ke pusat gimnasium kerana saiz badannya yang terlalu kurus.

Namun, dia cuba ketepikan perasaan itu demi menebus kekecewaan kerana tersingkir awal pada kejohanan lalu.

“Ikutkan hati memang malu dan rasa rendah diri teramat sangat untuk ke pusat gimnasium lebihlebih lagi apabila melihat orang lain yang semuanya berbadan sado.

“Akan tetapi, saya kuatkan semangat untuk bangkit daripada kekalahan meskipun pernah juga hampir putus asa kerana tertekan.

“Akhirnya , saya beroleh kemenangan dan lebih istimewa apabila berjaya mengekalka­n kejuaraan dalam pertanding­an wushu peringkat kebangsaan tiga

 ??  ?? BERSAMA rakan.
BERSAMA rakan.
 ??  ?? ANTARA pingat yang dimenangi.
ANTARA pingat yang dimenangi.
 ??  ??
 ??  ?? PERBEZAAN penampilan Pavithran dulu dan kini.
PERBEZAAN penampilan Pavithran dulu dan kini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia