Harian Metro

Kongsi kemeriahan memasak

-

Jaras. Sepanjang sesi itu,

Ili dan Basira Yeusuff dari kumpulan Agak Agak bersama pasukan Tefal berkongsi tip mengenai cara memasak dan memahami kepentinga­n mengambil makanan sihat kepada kanak-kanak di rumah berkenaan. Mereka memasak Pasta Ayam Bolognese dan pencuci mulut Eton Mass menggunaka­n peralatan dapur dan alat memasak premium, Tefal.

Mengambil kira kepentinga­n menyediaka­n diet sihat untuk kanakkanak, Ili memilih resipi sihat dan seimbang untuk sajian semua. Misi jadi lebih mudah dengan rangkaian Tefal yang luas dan pelbagai. Teknologi terkini dan terbaru produk itu memudahkan kerja menyediaka­n makanan yang bukan sahaja sihat, tetapi lengkap dengan rasa dan tekstur sempurna.

Pengurus Negara untuk GROUPE SEB Malaysia, Jack Wong berkata, program Masak Masak itu diadakan khusus untuk berkongsi kemeriahan dan keceriaan hari raya bersama dengan golongan yang lebih memerlukan.

“Seramai 30 pekerja

Tefal dari GROUPE

SEB Malaysia secara sukarela mengadakan majlis makan tengah hari bertemakan hari raya bersama anak-anak Rumah Kasih Harmoni. Ia sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Tefal yang membabitka­n semua kakitangan.

“Saya percaya hari raya bukan sahaja diraikan bersama keluarga dan rakan, tetapi juga untuk semua masyarakat. Menerusi program raya ini, kami di Tefal ingin menekankan semangat kebersamaa­n, rasa inovatif dan keinginan untuk menjalani kehidupan sihat,” katanya.

Jelas Wong, bermula Jun 2017 lalu, setiap RM1 yang dibelanjak­an bagi membeli produk Tefal di seluruh Malaysia didermakan untuk program ini. Berikutan itu, RM10,000 berjaya dikumpul untuk memeriahka­n majlis di Rumah Kasih Harmoni.

Menyedari hakikat bahawa bukan semua keluarga berkongsi pertalian darah, Wong berkata, pihaknya berpegang teguh pada konsep menghargai dan meraikan kebersamaa­n. Atas sebab itu pihaknya bekerjasam­a memastikan program disusun berjalan lancar sekali gus memberi makna besar kepada kanak-kanak istimewa yang diraikan.

Sementara itu, Pengetua Rumah Kasih Harmoni Jamaluddin Wahab berkata, pihaknya terharu dengan kesudian Tefal meluangkan masa mengajar kanakkanak di rumah itu cara memasak yang betul dan sihat.

“Jelas terpancar kegembiraa­n di wajah kanak-kanak ini. Mereka tersenyum dan bergelak ketawa sepanjang program dijalankan. Saya yakin mereka juga gembira dan seronok apabila diberi peluang untuk belajar mengenai pemakan sihat,” katanya.

 ??  ?? WONG menunjukka­n cara membuat pemanis mulut Eaton Mass.
WONG menunjukka­n cara membuat pemanis mulut Eaton Mass.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia