Harian Metro

Cabaran larian daki bukit

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Selepas menamatkan tiga edisi mencabar di Singapura, Pulau Pinang dan Johor, kekentalan peserta larian Viper Challenge diuji sekali lagi di lokasi berbeza, di Genting Highlands.

Great Eastern Raja Tanah Tinggi Genting mencabar lebih 10,000 peserta untuk tahun ketiga dengan cabaran larian mendaki bukit dan trek bengkang-bengkok. Cuaca sejuk awal pagi di The Ranch In Awana, Genting Highlands turut membawa satu kelainan baru yang perlu ditempuh sepanjang acara berlangsun­g.

Selain itu, hujan renyai ketika Viper Challenge berlangsun­g memberi satu lagi cabaran besar kepada kumpulan peserta. Seawal jam 6.30 pagi peserta pelepasan awal pagi mula membanjiri tapak karnival dan bersenam meregangka­n otot sebelum memulakan larian. Peserta dilepaskan secara berperingk­at setiap setengah jam bermula 7 pagi, sehinggala­h kumpulan terakhir pada jam 1.40 tengah hari.

Sejurus dilepaskan, peserta perlu melepasi jarak 10 kilometer serta 15 halangan yang disediakan. Mereka yang berjaya menawan semua halangan dihadiahka­n pingat dan kemeja-T di garisan penamat.

Apa yang menarik, gerai Live Great turut menawarkan khidmat percetakan foto kenangan secara percuma. Pada masa sama, peserta juga berpeluang memenangi kad hadiah Starbucks di Live Great Fitness Challenge.

Memandangk­an kos perjalanan yang agak tinggi, peserta dipelawa mendapatka­n pakej

Viper Jet untuk terbang ke Kuala Lumpur dari Singapura dengan kadar menarik sebelum bergerak ke Genting Highlands. Pakej untuk dua orang termasuk tiket penerbanga­n pergi balik, tiket masuk ke Great Eastern Raja Tanah Tinggi Genting serta dua malam penginapan di First World Hotel, Genting.

Ketua Operasi Viper Challenge, Simran Latif berkata, penganjura­n di Genting itu adalah yang ketiga sejak 2015.

“Ini adalah acara menarik bagi mereka yang sukakan gaya hidup pantas. Ia bukan saja menyeronok­kan, malah memberi banyak pengalaman unik kepada semua peserta.

“Sehingga kini, Viper Challenge mendapat sambutan lebih 120,000 peserta tempatan dan antarabang­sa. Penganjura­n program ini mendapat sokongan Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

Peserta dari Kelantan, Mohammad Hanif berkata, dia sangat teruja kerana dapat mengatasi keseluruha­n halangan yang disediakan.

“Saya berbangga dengan diri sendiri kerana dapat menghabisk­an larian walaupun baru kali pertama menyertai cabaran ini. Saya hampir gagal menamatkan larian, tapi dengan kerjasama rakan, kami berjaya sampai ke garisan penamat dalam masa lebih kurang 90 minit,” katanya.

Sementara itu, pelajar universiti, Alyssa Francis, 21, mengakui halangan yang disediakan agak sukar, tetapi dia seronok apabila berjaya sampai ke garisan penamat.

“Semua halangan benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal saya. Ketika menyempurn­akan misi, saya mengalami kekejangan otot, tetapi akhirnya berjaya melepasi halangan akhir hingga ke garisan penamat,” katanya.

September ini Great Eastern Viper Challenge akan diadakan di Stadium Shah Alam untuk pesertanya melengkapk­an pungutan pingat siri penamat sbeelum larian akhir pada Disember di Cyberjaya.

Siri Great Eastern Raja Tanah Tinggi Genting dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd, Datuk Koh Yaw

Hui yang melepaskan kumpulan peserta termasukla­h lebih 300 kakitangan yang turut merasai cabaran pada hari itu.

 ??  ?? KOH (kanan) bersama staf dan ejen Great Eastern sebelum melepaskan peserta Viper Challenge di Genting Highlands.
KOH (kanan) bersama staf dan ejen Great Eastern sebelum melepaskan peserta Viper Challenge di Genting Highlands.
 ??  ?? ANTARA halangan yang perlu dilepasi peserta.
ANTARA halangan yang perlu dilepasi peserta.
 ??  ?? WHEEL of Fortune antara halangan yang paling mencabar perlu dilalui setiap peserta.
WHEEL of Fortune antara halangan yang paling mencabar perlu dilalui setiap peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia