Harian Metro

Papan iklan manusia

- Susunan Norlaila Hamima Jamaluddin laila@hmetro.com.my

Seluruh badan termasuk rambut dicat oleh syarikat pengiklana­n untuk diagihkan seluruh pusat bandar

Dalam keadaan dirinya dicat dengan warna jabatan cukai dan berdiri di tengah panas berjamjam lamanya, kehadiran Emmanuel Howard di persimpang­an jalan yang sibuk di tengah bandar Monvoria, ibu negara Liberia memang menarik perhatian ramai.

Dia dan beberapa belas lelaki muda diagihkan ke seluruh pusat bandar oleh syarikat pengiklana­n sebagai papan iklan manusia untuk pelanggan mereka yang terdiri daripada agensi kerajaan sehinggala­h bakal pengantin.

Tindakan mereka yang berdiri kaku umpama patung di tengah kesibukan lalu lintas memang mencuri perhatian dan menjadi subjek sensasi.

“Saya rasa seronok dicat sebegini (seluruh badan termasuk rambut) kerana inilah sumber pendapatan harian saya. Bagi saya kerjaya ini jauh lebih baik daripada menganggur kerana ada beberapa rakan yang terpaksa mencuri untuk meneruskan hidup,” kata Howard, ‘patung’ jalanan yang berusia 25 tahun.

“Pendapatan dengan bekerja dalam bidang inilah yang membolehka­n saya menyara anak. Upah yang diterima saya gunakan untuk membeli makanan, pakaian dan membayar sewa rumah,” sampuk rakannya yang mahir mengecat (atau melukis) di atas badan, Joseph Yarpkawolo, 27.

Aktiviti mengecat atau melukis badan untuk menarik perhatian khalayak di jalanan sebenarnya sudah lama bermula di Liberia. Pada awal 1990an, ramai golongan muda mengambil upah menjadi maskot untuk pasukan bola sepak kebangsaan yang memerlukan badan mereka dicat dengan warna merah, putih dan biru mengikut bendera negara itu.

Bagaimanap­un bukan mudah untuk menjadi patung jalanan ini.

Sama ada berdiri kaku dalam tempoh tertentu atau berjalan seperti robot di tengah panas, semuanya memerlukan daya ketahanan dan latihan bersungguh- sungguh. Namun pengorbana­n itu berbaloi kerana mereka berjaya menceriaka­n semua yang ada di stadium termasuk pemain dan peminat sukan bola sepak.

Pengusaha seperti Emmanuel Ben, 26, yang menjadi pengasas kepada syarikat publisiti mengecat badan Emmanuel Creation mengakui dia belum dilahirkan lagi ketika itu. Bagaimanap­un dia melihat perkara ini adalah cara yang unik untuk menarik perhatian pelanggan khususnya dalam dunia berteraska­n teknologi seperti sekarang.

“Antara pelanggan saya adalah DHL,

Total dan Agensi Hasil Liberia,” katanya kepada wartawan AFP, merujuk kepada firma logistik Jerman dan syarikat minyak Perancis.

Sesiapa saja boleh menyewa model cat badan ini yang boleh membuat pelbagai aksi dan bertahan dengan aksi berkenaan dalam tempoh lama. Mereka dengan mudah mencuri tumpuan orang yang lalu-lalang di jalan utama yang masih kurang iklan komersial.

Menurut Ben, ada juga pihak sekolah, individu persendiri­an dan pemilik perniagaan kecil yang menghubung­inya bagi menempah iklan menggunaka­n model berkenaan. Malah dia juga turut menerima tempahan untuk majlis perkahwina­n.

DIKAGUMI RAMAI

Menurut salah seorang peminat kerjaya ini, Fatumata Sanoe, pelajar berusia 18 tahun, mengakui sukar untuk mengalihka­n pandangann­ya daripada ‘papan iklan manusia’ itu yang disifatkan berjaya meraih rasa ingin tahunya.

“Setiap kali mereka muncul, saya akan memerhatik­an dengan penuh minat. Ia benarbenar menarik dan kadang kala saya terfikir, adakah mereka ini manusia betul kerana tidak ada anggota yang bergerak. Semuanya kaku umpama patung. Rasanya tiada orang yang lalu lalang di sini yang tidak memerhatik­an mereka,” katanya sebelum bergegas ke kelas.

Sejarah mengecat badan di Liberia memang panjang. Zaman dahulu, budaya ini banyak dilakukan untuk acara dan ritual keagamaan yang kini dilakukan bagi majlis tertutup saja.

Antara yang terbaru ialah imej tubuh seorang lelaki bercat putih dengan tulisan ‘Kick Ebola out of Liberia’ (Singkirkan Ebola dari Liberia) berwarna oren dan hitam. Imej pada 2015 itu tersebar luas apabila negara itu meraikan usaha mereka yang dianggap dapat menghapusk­an penyakit berkenaan ketika itu.

Sejak melancarka­n syarikatny­a pada 2013 yang dibina dengan kerja keras, kini Ben sudah mempunyai 35 kakitangan dan boleh meletakkan harga RM42 sejam bagi sesi selama lima jam. Pekerjanya boleh mendapat bayaran RM42 untuk satu syif.

Model iklan cat badan ini kebanyakan­nya terdiri daripada lelaki muda berusia di bawah 30 tahun yang tidak mempunyai pilihan kerjaya lain. Menggunaka­n badan sebagai kanvas iklan kini menjadi antara peluang mendapat wang yang popular.

Peperangan dahsyat pada 1989 hingga 2003 menyebabka­n ramai kanak-kanak Liberia kehilangan ibu bapa dan keciciran pelajaran. Kini mereka menjadi golongan muda yang terpaksa mengharung­i pelbagai kesukaran untuk meneruskan hidup. Lebih memeritkan, ketiadaan pelajaran dan kadar penganggur­an yang tinggi merangsang kes jenayah di negara itu.

“Keadaan ekonomi di sini sangat sukar.

Tiada peluang pekerjaan untuk kami. Jadi inilah kerja yang boleh kami lakukan. Cuma masalah yang perlu kami hadapi ialah berdiri berjam-jam di tengah panas terik yang menyebabka­n kami demam,” kata Emmanuel Howard.

Bagaimanap­un pemilik Emmanuel Creatiion bangga dengan prestasi kerja golongan muda itu.

“Tidak kira apapun yang anda lakukan sama ada dalam teksi atau berada di jalan, apabila anda melihat mereka, bermakna mesej yang hendak dihebahkan sudah sampai. Apabila anda melihat ‘patung’ kami, anda tidak akan terus pergi, sebaliknya pasti akan berhenti seketika dan merenung mereka

“Apabila orang melihat ‘patung’ kami, mereka akan ambil gambar. Selepas itu, mereka akan muat naik di Internet. Pemasaran percuma untuk kami,” kata Ben sambil tersenyum bangga.

 ??  ?? KEHADIRAN patung manusia yang menjadi ‘papan iklan’ menarik
perhatian ramai. PAPAN iklan manusia kini
jadi kerjaya popular buat lelaki muda
Liberia.
KEHADIRAN patung manusia yang menjadi ‘papan iklan’ menarik perhatian ramai. PAPAN iklan manusia kini jadi kerjaya popular buat lelaki muda Liberia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia