Harian Metro

Semai gaya pemakanan seimbang

-

Kanak-kanak seawal 3 tahun dibimbing jadi cef ubah bahan segar menjadi berkhasiat

untuk menyemai gaya pemakanan seimbang dalam kalangan kanakkanak. Ia bukan tugas mudah, namun berupaya mengubah sedikit sebanyak minat dan kecenderun­gan kanakkanak kepada makanan sihat.

Menurut Pakar Pemakanann­ya, Jowynna Yeo Xia-Ni, situasi hari ini menunjukka­n semakin ramai golongan dewasa menghadapi masalah kesihatan disebabkan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

“Atas sebab itu, kami tertarik mendidik kanakkanak berusia antara tiga sehingga 12 tahun mengenai pentingnya pemakanan sihat untuk masa depan.

“Langkah ini penting, apatah lagi perangkaan terkini menyebut sekurang-kurangnya 16 sehingga 17.6 peratus kanak-kanak prasekolah di Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

“Selain kanak-kanak, kami juga mengadakan kelas memasak secara sihat untuk ibu dan aktiviti gerak kerja dalam kumpulan untuk dewasa. Semua ini dengan matlamat yang satu iaitu mendidik gaya pemakanan sihat untuk semua,” katanya.

Apa yang menarik, usaha JM Nutrition ini mencuri perhatian juri program Usahawan Sosial Muda (YSE) 2017. Mereka bersaing dengan 138 usahawan sosial muda dari 18 negara sebelum terpilih dalam 16 pasukan yang akan meneruskan perjalanan YSE sehingga November depan.

Bengkel ini sebahagian projek anjuran Yayasan Antarabang­sa Singapura (SIF) untuk memberi inspirasi, melengkapk­an dan membolehka­n belia memulakan perusahaan sosial di Singapura.

Pengarah Bahagian Program SIF, Reginald Wee berkata, pihaknya mahu memupuk rangkaian usahawan sosial multinasio­nal yang kuasa ideanya, pengetahua­n dan sumber boleh dimanfaatk­an untuk kehidupan, sekali gus memberi kesan positif kepada masyarakat dan dunia.

“Ketika ini 16 kumpulan yang mara ke peringkat seterusnya dilatih dan dibimbing pakar mengikut bidang masing-masing.

Bagi JM Nutrition sendiri, mereka dibimbing perunding perniagaan dan usahawan terkemuka dari McKinsey & Co dan Temasek Internatio­nal.

“Semua ini akan membantu mereka memperbaik­i konsep dan strategi perniagaan sehingga mencapai taraf antarabang­sa. Pada masa sama, kami mahu semua peserta fokus kepada usaha membina landskap keusahawan­an sosial. Syarikat yang berjaya dianugerah­kan dengan pembiayaan sehingga RM60,000 untuk membangunk­an perniagaan sosial mereka,” katanya.

 ??  ?? KELAS memasak untuk ibu.
KELAS memasak untuk ibu.
 ??  ?? LAWATAN ke ladang.
LAWATAN ke ladang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia