Harian Metro

Peluang menang tiga kenderaan mewah Lexus

-

Pusat beli-belah utama, Pavilion Kuala Lumpur (KL) baru-baru ini melancarka­n Ganjaran Jualan Terbesar sempena Karnival Jualan Mega 1Malaysia (1MMSC) bermula 15 Jun hingga 16 September depan.

Bertemakan Drive The Sale, kempen kerjasama Lexus dengan Pavilion KL ini mengajak orang ramai menikmati pengalaman membeli-belah ke peringkat seterusnya dengan tawaran jualan menarik serta diskaun.

Tambah menarik, pelanggan bertuah berpeluang membawa pulang tiga kenderaan mewah Lexus bernilai lebih RM900,000. Ia termasuk Lexus ES, Lexus IS dan Lexus NX Edisi Khas.

Setiap satunya diumumkan pada setiap bulan sepanjang berlangsun­gnya kempen 1MMSC. Pembeli hanya perlu membelanja­kan RM500 dalam satu resit dan meneka bilangan beg di ruang pameran Lexus di tingkat tiga sebelum mendaftar untuk menyertai peraduan.

Ketua Pegawai Eksekutif Runcit,

Pavilion KL, Datuk ‘Joyce Yap berkata, pihaknya komited menyediaka­n pengalaman bermakna untuk setiap pelanggan yang mengunjung­i pusat membeli-belah terkemuka Malaysia itu.

“Kita berbangga dengan kerjasama Lexus. Sebagai jenama kenderaan yang mempamerka­n gaya hidup mewah, ia seiring dengan jenama Pavilion KL. Tiga pacuan mewah yang ditawarkan sudah pasti menarik orang ramai membeli sepanjang tempoh kempen berlangsun­g,” katanya.

Jelas Yap, pelancong akan menikmati pelbagai ganjaran apabila mereka membeli sepanjang tempoh 1MMSC. Ia termasuk ganjaran wangian mewah bernilai RM100,000 selain kad hadiah.

 ??  ?? DARI kiri Pengarah
Pembanguna­n Pembungkus­an, Pelanconga­n Malaysia Manoharan Periasamy,
Ketua Bahagian Pembanguna­n Pakej Belanja Sekretaria­t Malaysia Baizuri Baharum, Datuk ‘Joyce Yap,
Ketua Pegawai Operasi Datuk M Krishnan dan Pengurus Besar,...
DARI kiri Pengarah Pembanguna­n Pembungkus­an, Pelanconga­n Malaysia Manoharan Periasamy, Ketua Bahagian Pembanguna­n Pakej Belanja Sekretaria­t Malaysia Baizuri Baharum, Datuk ‘Joyce Yap, Ketua Pegawai Operasi Datuk M Krishnan dan Pengurus Besar,...
 ??  ?? KERETA mewah Lexus yang ditawarkan kepada
pemenang bertuah.
KERETA mewah Lexus yang ditawarkan kepada pemenang bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia