Harian Metro

Dennis hafal 10 surah

 Bekas SUK Johor dan famili dilantik keluarga angkat kepada bakal menantu Sultan Johor

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Dalam tempoh tiga bulan saja, Dennis Muhammad dapat mengikuti segala pembelajar­an dengan baik dan cemerlang termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir al-Quran, doa qunut serta ayat kursi”

Ismail Karim

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim dan isterinya, Datin Zawiah Mohamed dilantik sebagai keluarga angkat kepada bakal menantu Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, Dennis Muhammad.

Ismail berkata, beliau dan isteri memikul tanggungja­wab berkenaan selepas mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sejak Februari lalu.

Katanya, Dennis Muhammad diberi bimbingan serta pengajaran Islam oleh sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sejak awal Mac lalu.

“Dennis Muhammad yang berasal dari Belanda memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dan bakal melangsung­kan perkahwina­n dengan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini.

“Satu modul pembelajar­an agama Islam yang intensif dan sistematik dirangka dengan dibimbing ustaz dari JAIJ bagi memberikan pengajaran secara sempurna kepada Dennis Muhammad,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n Pejabat Akhbar Diraja Johor, semalam.

Beliau berkata, ia termasuk pembelajar­an al-Quran, fardu ain selain pengajaran bahasa Melayu, protokol dan istiadat diraja Johor, penulisan Jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.

Ismail berkata, pada 5 Julai lalu, beliau mempersemb­ahkan laporan pembelajar­an Dennis Muhammad kepada Tuanku Sultan dan baginda berpuas hati dengannya.

“Dalam tempoh tiga bulan saja, Dennis Muhammad dapat mengikuti segala pembelajar­an dengan baik dan cemerlang termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir al-Quran, doa qunut serta ayat kursi,” katanya.

Menurutnya, Dennis Muhammad turut diberikan pengajaran fardu ain merangkumi tertib solat, rukun iman, rukun Islam, puasa, zakat dan haji.

“Selain tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat, beliau juga tidak pernah ketinggala­n menunaikan solat Tarawih sepanjang Ramadan,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL ditemani isteri, Zawiah melihat Dennis Muhammad membaca al-Quran.
ISMAIL ditemani isteri, Zawiah melihat Dennis Muhammad membaca al-Quran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia