Harian Metro

Mentaliti kelas ketiga melata di ibu kota

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Bukan hanya di stesen Transit Aliran Massa (MRT), gejala vandalisme masih berlaku di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Transit Aliran Ringan (LRT), sekali gus menggambar­kan mentaliti kelas ketiga segelintir warga ibu kota.

Tinjauan Harian Metro di ketiga-tiga stesen berkenaan mendapati sampah-sarap dibuang di merata-rata walaupun banyak kemudahan tong sampah disediakan di kawasan sekitar.

Bukan itu saja, terdapat keretakan pada bahagian tingkap KTM yang pecah akibat perbuatan vandalisme membaling batu pada tingkap kereta api.

Malah, suiz yang disediakan tidak dimanfaatk­an sepenuhnya apabila ia longgar dan mengalami keretakan, sekali gus menyebabka­n kesukaran pengguna menggunaka­n kemudahan itu untuk mengecas telefon bimbit mahupun komputer riba.

Penuntut kolej swasta, Nurul Aisyah Kamarul Adnan, 20, berkata, perbuatan vandalisme yang dilakukan individu terbabit menunjukka­n sikap tidak matang dan wajar diberi hukuman setimpal.

“Perbuatan vandalisme yang berlaku seperti menconteng dinding, membaling batu pada tingkap dan membuang sampah di merata-rata adalah satu perbuatan yang memalukan.

“Mereka sepatutnya lebih matang dan mempunyai kesedaran diri terhadap tanggungja­wab menjaga setiap kemudahan awam yang disediakan untuk kegunaan orang ramai,” katanya ketika ditemui di Stesen MRT Merdeka, di sini, semalam.

Sementara itu, kakitangan MRT, Raja Amir Syafiq, 23, berkata, kejadian vandalisme yang dilakukan oleh segelintir pihak tidak bertanggun­gjawab itu boleh disifatkan sebagai ‘gangguan mental’.

“Sebagai warga tempatan, kita sepatutnya menjaga harta benda awam dan bukannya merosakkan kemudahan berkenaan kerana ia adalah cerminan sikap kita di mata masyarakat luar,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengawal ketat tertuduh kes bunuh seorang lelaki pada 21 Jun lalu.
ANGGOTA polis mengawal ketat tertuduh kes bunuh seorang lelaki pada 21 Jun lalu.
 ?? Raja Amir ?? TINGKAP KTMB yang pecah akibat dibaling batu. Sebagai warga tempatan, kita sepatutnya menjaga harta benda awam dan bukannya merosakkan­nya”
Raja Amir TINGKAP KTMB yang pecah akibat dibaling batu. Sebagai warga tempatan, kita sepatutnya menjaga harta benda awam dan bukannya merosakkan­nya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia