Harian Metro

Syed Alman terima CPR 30 minit

-

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat pergigian menunjukka­n menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulm­onari (CPR) lebih 30 minit ketika mendapatka­n rawatan pergigian di situ, tahun lalu.

Rakaman berdurasi lebih dua jam itu menunjukka­n suasana kelam-kabut ketika seorang lelaki dilihat memberi bantuan CPR kepada Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi sebelum beberapa individu lain memberi bantuan sama kepada mangsa yang terbaring di kerusi rawatan.

Selepas 30 minit kelihatan beberapa anggota paramedik mengusung mangsa keluar dari bilik rawatan itu.

Sementara itu, Asisten Superinten­dan Mohd Hanizan Md Wasli, 41, yang bertugas di D10 Audio Video, Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia, Cheras berkata, dia menggunaka­n sistem Ikena Video Forensik untuk menganalis­is video berkenaan.

Saksi pendakwaan ke- 14 itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar pada perbicaraa­n kes seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) Dr Ting Teck Chin yang didakwa menyebabka­n kematian Syed Alman Zain.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor bersambung hari ini.

Pada 12 Ogos tahun lalu, Dr Ting, 36, yang diwakili peguam Datuk K Kumaraendr­an mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabka­n kematian Syed Alman Zain, 44, dengan mengetahui bahawa perbuatann­ya itu mungkin menyebabka­n kematian mangsa.

Dr Ting, yang bertugas di Jabatan O&G di Hospital Kuala Lumpur, didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfield­s, di sini, antara jam 6 petang hingga 9.05 malam, 1 Jun 2016.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia