Harian Metro

Angguk faham pertuduhan bunuh

-

Permaisuri: Tiga lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Setiu, di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian tetak pada 21 Jun lalu.

Tertuduh, Aizz Amidie Aziz, 23, Mohd Rizalman Awang, 27, dan Zahaman Fairol Awang, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dibaca bersama Seksyen 34

Kanun yang sama di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama dua yang masih bebas didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanua­r Nek Der, 22, di kawasan paya di tanah lapang Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut antara jam 4.40 petang hingga 5.15 petang pada 21 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum

Tuan Ruzuaini menetapkan 13

September depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Besut.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki dan lebih memilukan kejadian itu disaksikan abang mangsa dipercayai akibat perselisih­an faham.

Dalam kejadian itu, Nik Mohamad Sharulanua­r dari Jalan Pantai, Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut dikatakan pergi ke kampung itu bersama abang dan seorang rakan untuk berbincang bagi menyelesai­kan satu tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia