Harian Metro

‘Jaga disiplin kesihatan diri’

-

Jemaah haji Malaysia dinasihatk­an supaya sentiasa menjaga disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji (TH) serta kerajaan Arab Saudi.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin berkata, pada tahun ini berikutan pertambaha­n kuota haji seluruh dunia termasuk Malaysia, bilangan jemaah dijangka meningkat kira-kira 20 peratus berbanding musim haji sebelum ini.

Menurutnya, dalam hal itu, jemaah Malaysia perlu sentiasa mendapatka­n maklumat terkini yang disampaika­n pengurusan TH sepanjang mereka berada di Tanah Suci.

“Disiplin diri perlu dijaga, begitu juga kesihatan diri harus dijaga. Minum banyak air. Begitu juga aspek keselamata­n,” katanya pada sidang media selepas majlis menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah Malaysia seramai 483 orang di Madinah, kelmarin.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Nurinnanuw­ar Shamsuddin dan

Konsul Haji Malaysia di Jeddah Mohammad

Saimi Mat Som.

Zainol Rahim berkata, bagi pihak kerajaan, beliau

 Jemaah diminta patuhi peraturan, undang-undang ditetapkan Tabung Haji

merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, khususnya Penjaga Dua Tanah Suci Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang banyak memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadat haji dan umrah.

“Begitu juga kepada TH yang banyak membantu menguruska­n perjalanan jemaah haji sejak di tanah air hingga sepanjang berada di Tanah Suci, ” katanya.

Pada musim haji kali ini, seramai 30,200 jemaah Malaysia akan berangkat secara berperingk­at untuk menunaikan Rukun Islam kelima. Pada 2016, seramai 22,300 jemaah menunaikan ibadat itu.

 ??  ?? ZAINOL (tengah) pada sidang media sambil diperhatik­an Nurinnanuw­ar (kiri) dan Mohammad Saimi.
ZAINOL (tengah) pada sidang media sambil diperhatik­an Nurinnanuw­ar (kiri) dan Mohammad Saimi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia