Harian Metro

Tesco pungut dana RM762,000

-

Kuala Lumpur: “Bantuan pakaian dan keperluan barang dapur ini sudah meringanka­n beban nenek yang membesarka­n saya sejak kecil,” kata pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Mohd Danial Sharil Hafiz, 12.

Dia juga teruja selepas Tesco Malaysia menyumbang pakaian kepada orang tidak berkemampu­an sepertinya.

“Sebelum ini, saya memang tidak pernah membeli pakaian baru dan menggunaka­n apa yang ada tetapi kali ini sumbangan daripada Tesco menggembir­akan saya serta nenek.

“Malah, keperluan dapur yang diberi adalah satu kesyukuran buat saya dan nenek,” katanya.

Perasaan gembira itu turut dikongsi rakannya, Nor Syafiqah Aras, 17, ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 selepas majlis penutup sumbangan kempen Dana Bulan Bermakna oleh Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia), semalam.

Menurut Nor Syafiqah, kelengkapa­n sekolah yang disumbangk­an membuatkan dia bersemanga­t untuk meneruskan pelajaran.

“Saya dibesarkan nenek sejak kecil dan tidak pernah mengikuti persekolah­an dengan sempurna sebelum memasuki SBJK pada 2013.

“Sumbangan yang diberi akan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan pelajaran tidak terganggu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata, kempen Dana Bulan Ramadan adalah inisiatif pihaknya membantu mereka memerlukan.

“Saya berterima kasih kepada orang ramai yang turut menderma ketika berbelanja di Tesco untuk kami menambah dana kempen itu yang bermula dari 11 Mei hingga 12 Julai lalu.

“Menerusi kempen itu, kami berjaya mengutip dana sebanyak RM762,000 untuk disumbangk­an kepada pelajar sekolah bertujuan membeli makanan, cermin mata, pakaian sekolah, peralatan dan buku sekolah, sekali gus meneruskan komitmen kami membantu program sekolah angkat Yayasan Pintar,” katanya.

Cek sumbangan diserahkan oleh Ritchie kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an yang mewakili 60 sekolah angkat kempen berkenaan.

yang

 ??  ?? KAMALANATH­AN (tengah) bersama Datuk Aznil Nawawi pada majlis penyerahan Dana Bulan Bermakna Tesco di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2.
KAMALANATH­AN (tengah) bersama Datuk Aznil Nawawi pada majlis penyerahan Dana Bulan Bermakna Tesco di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia