Harian Metro

Keldai akaun dijel lagi

-

Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal yang sedang menjalani hukuman penjara dua bulan kerana kesalahan memindahka­n wang, terpaksa meringkuk lima bulan lagi di jel selepas Mahkamah Sesyen, di sini, menjatuhka­n hukuman itu atas kesalahan serupa membabitka­n kerugian RM6,500.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhka­n hukuman itu terhadap Minah Nyangat, 38, selepas tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mahkamah memerintah­kan wanita itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 24 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, Minah didakwa dengan curangnya membantu mengalihka­n wang berjumlah RM6,500 milik seorang pelajar universiti awam, Nour Irwanahary­ati Arifin, 21, ke dalam akaun bank miliknya.

Kesalahan itu dilakukan di mesin pengeluara­n wang Bank Islam, Jalan Sultan Yahya Petra, Wangsa Maju, pada jam 10.05 pagi, 14 November 2016.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya atas alasan dia seorang ibu tunggal yang menjaga seorang anak dan diberhenti­kan kerja kerana sedang menjalani hukuman penjara dua bulan.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon mahkamah mengenakan hukuman wajar dan setimpal dengan mengambil kira tertuduh kini sedang menjalani hukuman atas kesalahan serupa.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki warga Amerika Syarikat bernama Harding Scott melalui laman Facebook dan lelaki itu berjanji datang ke Malaysia untuk memberi hadiah dan wang kepada mangsa.

Pada 14 November 2016, mangsa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada lelaki itu menyuruhny­a memasukkan wang RM6,500 ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Hasil siasatan kemudianny­a mendapati tertuduh berkenalan dengan lelaki itu yang meminta tertuduh menyerahka­n kad ATM miliknya sebelum disalahgun­akan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia