Harian Metro

Ajal pandu mengantuk

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

 Pasangan suami isteri maut lori rempuh belakang treler

Kerana memandu dalam keadaan mengantuk, pasangan suami isteri maut selepas lori barang dinaiki mereka merempuh belakang treler di Kilometer 156.4, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Jawi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 pagi, kedua-dua mangsa Teoh Beng Koon, 61, dan isterinya, Low Kuan Tai, 58, maut di lokasi kejadian berikutan kecederaan parah di kepala susulan rempuhan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superinten­dan Shafee Abd Samad berkata, mangsa dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk sebelum merempuh belakang treler yang dipandu di lorong kanan lebuh raya.

Beliau berkata,

kedua-dua mangsa yang beralamat di Perak itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Ipoh ketika kejadian.

“Lori dinaiki mereka remuk di bahagian hadapan menyebabka­n badan pasangan suami isteri itu tersepit di bahagian tempat duduk hadapan selain parah di kepala.

“Mayat mangsa dikeluarka­n pihak bomba sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan di situ,” katanya.

Shafee berkata, pemandu treler yang berusia 45 tahun dan beralamat di Kedah itu tidak cedera dan diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Shafee berkata, mayat suami isteri itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) bagi tujuan bedah siasat dan waris terdekat mangsa sudah dimaklumka­n mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEMALANGAN maut membabitka­n pasangan suami isteri di Kilometer 156.4, Lebuh Raya Utara Selatan.
KEMALANGAN maut membabitka­n pasangan suami isteri di Kilometer 156.4, Lebuh Raya Utara Selatan.
 ??  ?? TEOH
TEOH
 ??  ?? LOW
LOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia