Harian Metro

Asas usahawan IPT

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

 Program sesi 2017/2018 di UA jadi subjek wajib

Pembelajar­an program keusahawan­an di universiti awam (UA) dimantapka­n lagi menerusi pengenalan Modul Baharu Kursus Asas Keusahawan­an Institut Pendidikan Tinggi yang akan diperkenal­kan bermula sesi akademik 2017/2018.

Menteri Pendidikan

Tinggi Datuk Seri Idris

Jusoh berkata, dengan adanya modul itu, ia tidak hanya menumpukan kepada pengajaran semata-mata, malah turut memberi penekanan terhadap pengalaman penuntut sebagai usahawan di universiti.

“Justeru, penekanan terhadap bidang keusahawan­an ini adalah selaras dengan lonjakan pertama untuk melahirkan graduan yang holistik, keusahawan­an dan seimbang sejajar dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi).

“Modul baru ini akan digunakan sebagai mata pelajaran wajib di universiti dan usaha ini juga adalah untuk melatih penuntut bersikap ‘lebih keusahawan­an’ sekali gus persediaan menghadapi dunia yang semakin mencabar,” katanya kepada media pada pelancaran Modul

Baharu Kursus Asas Keusahawan­an Institut Pendidikan Tinggi, di sini, semalam.

Pelancaran modul baru itu dibuat selepas berlangsun­g Persidanga­n Pendidik Keusahawan­an 2017 anjuran Kementeria­n Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ia menghimpun­kan seramai 300 tenaga pengajar keusahawan­an di institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabang­sa yang pernah terbabit dengan Program Pendidik Keusahawan­an (3EP) sebelum ini.

Dalam pada itu,

Idris berkata, kursus keusahawan­an sudah ada di UA sejak lima tahun lalu dan kementeria­nnya menambah baik dengan penambahan subjek baru seperti keusahawan­an digital, kanvas model perniagaan dan pengurusan kewangan peribadi.

Katanya, modul baru itu akan digunakan dalam mata pelajaran wajib dengan membawa dua hingga tiga jam kredit.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyampaia­n kursus digabung jalin antara aspek teori sebanyak 40 peratus, manakala praktikal melebihi 60 peratus sepanjang kursus secara optimum bagi memberi pengalaman pembelajar­an keusahawan­an yang lebih efektif kepada penuntut.

 ??  ?? IDRIS melancarka­n Modul Baharu Kursus Asas Keusahawan­an Institusi Pendidikan Tinggi di Putrajaya.
IDRIS melancarka­n Modul Baharu Kursus Asas Keusahawan­an Institusi Pendidikan Tinggi di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia