Harian Metro

Bunyi penggera bantut hasrat rompak kedai emas

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Cubaan kali ketiga seorang lelaki mencuri kabel elektrik mengundang padah apabila perbuatann­ya itu hampir meragut nyawanya sendiri selepas tersangkut pada tiang setinggi dua meter di loji air lama Hulu Trusan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.20 malam itu, suspek berusia 43 tahun berseorang­an ‘mencuba nasib’ memotong kabel elektrik menggunaka­n parang selepas memanjat tiang berkenaan.

Namun, nasib tidak menyebelah­inya apabila kakinya tersangkut pada kabel elektrik berkenaan sebelum dia menjerit meminta tolong daripada orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Deputi Su- Kuala Selangor: Tindakan pantas seorang pekerja yang menekan butang panik bagi membunyika­n alat penggera menggagalk­an cubaan merompak sebuah kedai emas di Jalan Besar Sasaran dekat sini, jam 11 pagi kelmarin.

Lima penjenayah yang cuba merompak kedai itu bertempiar­an lari sejurus selepas terkejut dengan bunyi alat penggera berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superinten­dan Ruslan Abdullah berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati ketika kejadian, tiga kakitangan premis sedang bekerja sebelum didatangi kumpulan penjenayah.

“Empat daripada lima penjenayah yang juga lelaki membawa tukul besi dan kapak masuk ke kedai emas itu manakala seorang lagi yang memegang objek dipercayai pistol menunggu di depan premis.

“Kelima-lima suspek memakai topi keledar berpenutup penuh dan gelap. Ketiga-tiga kakitangan kedai itu melarikan diri ke bilik kebal sebelum suspek cuba memecahkan cermin rak pameran,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN suspek ketika tersangkut pada tiang
elektrik.
KEADAAN suspek ketika tersangkut pada tiang elektrik.
 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n penjenayah cuba memecahkan cermin rak pameran barangan kemas.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n penjenayah cuba memecahkan cermin rak pameran barangan kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia