Harian Metro

Masuk Baitulmaqd­is

- Amir Abd Hamid amir_hamid@ mediaprima.com.my

Rombongan ziarah Masjid al-Aqsa daripada Yayasan Al Amin sudah melepasi sempadan Jordan-Israel, semalam melalui Jambatan Raja Hussein yang menyeberan­gi Sungai Jordan.

Petugas yayasan berkenaan yang juga penunjuk arah Ustaz Ahmad Fikri Akmal, 34, berkata rombongan terdiri daripada 18 jemaah dan dua petugas Yayasan Al Amin itu sampai di sempadan kira-kira jam 10 pagi menaiki bas R.U.M Tourist Transporta­tion.

Terdahulu, katanya, mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Queen Alia, Amman jam 4.24 pagi waktu tempatan sebelum bersarapan di Restoran Abu Zagleh.

“Alhamdulil­lah, urusan di pintu sempadan antara Jordan dan Israel lancar. Tidak sampai 30 minit semua jemaah sudah dapat melepasi sempadan.

“Kami meneruskan perjalanan sebelum berhenti makan tengah hari di Jericho. Perjalanan seterusnya 40 minit ke Jerusalem (Baitulmaqd­is) dan kami tiba di bandar itu jam 1.45 tengah hari waktu tempatan (terkini jam 6.45 petang waktu Malaysia),” katanya, semalam.

Beliau yang berpengala­man membawa jemaah ziarah Masjid Al-Aqsa sebanyak tiga kali berkata, seperti sebelum ini pihak tentera Israel yang mengawal sempadan melakukan pemeriksaa­n termasuk pasport, beg dan badan.

Menurutnya, pihak tentera berkenaan turut menggunaka­n alat pengesan logam ketika pemeriksaa­n itu sebelum memberikan kebenaran jemaah melepasi sempadan.

 Rombongan ziarah Masjid al-Aqsa selamat tiba dari Jordan tanpa halangan

Sempena Aidiladha September depan, Yayasan Al Amin juga melaksanak­an program ibadah korban di Palestin dengan menawarkan kadar RM1,900 untuk satu bahagian.

Daging ini akan diuruskan oleh Yayasan Al Amin dan agihan akan dibuat kepada pelarian Palestin yang memerlukan. Bagi yang berminat, untuk keterangan lanjut, boleh melayari laman web www.yayasanala­min.com.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR solat Jumaat minggu lepas yang dirakam dari atas Hotel Metropole Jerusalem di Jalan Salahuddin.
GAMBAR solat Jumaat minggu lepas yang dirakam dari atas Hotel Metropole Jerusalem di Jalan Salahuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia