Harian Metro

Jom daftar nikah

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

 JAIS anjur program bantu pasangan berkahwin di luar negara

Berita baik buat pasangan yang berkahwin di luar negara melalui sindiket atau masih belum mendaftark­an pernikahan di mana mereka berpeluang berbuat demikian melalui program Pendaftara­n Perkahwina­n Berlawanan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003, ‘Jom Daftar Nikah’.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bermula 1 Ogos hingga 1 November ini bertujuan membantu pasangan yang berkahwin tetapi belum mendaftark­an pernikahan mendapatka­n surat nikah dalam tempoh tiga bulan.

Pengarahny­a Datuk Haris Kasim berkata, ia program pemutihan dan dilaksanak­an Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 2015.

“Kami mengadakan program ini khusus untuk membantu bagi mengelak masalah pendaftara­n anak yang akan menyebabka­n status anak dianggap sebagai tidak sah taraf berikutan dokumen pernikahan ibu bapa mereka tidak pernah didaftarka­n.

“Selain itu, timbul masalah seperti pengurusan nikah anak, harta pusaka dan pendaftara­n sekolah anak selain bertujuan menyedarka­n masyarakat berlakunya nikah tidak sah serta bahayanya nikah sindiket,” katanya.

Haris berkata, berdasarka­n statistik JAIS, pada 2015, 1,708 kes dicatatkan membabitka­n pasangan yang bernikah tetapi tidak berdaftar hadir secara sukarela.

Beliau berkata, jumlah itu bertambah pada 2016 dengan 1,938 kes manakala sehingga Jun tahun ini, 796 kes dilaporkan dan pihaknya percaya jumlah berkenaan akan meningkat.

Katanya, sebahagian besar yang hadir mengakui bernikah di negara jiran ataupun menggunaka­n sindiket selain berpoligam­i untuk mengelak perkahwina­n diketahui pasangan.

Sehubungan itu, katanya, bagi membendung masalah berkenaan daripada berleluasa, JAIS mengajak pasa- ngan yang bermastaut­in di Selangor dan bernikah sebelum 1 Januari 2017 hadir bagi menyelesai­kan masalah pendaftara­n pernikahan.

“Melalui program ini, kita cuba selesaikan masalah pendaftara­n pernikahan mereka ini segera dan jika pernikahan tidak sah berdasarka­n perintah mahkamah mereka akan dibantu untuk pernikahan semula jika memenuhi syarat,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, mereka juga perlu melalui proses undang-undang yang ditetapkan dengan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan.

 ??  ?? HARIS (tengah) menunjukka­n kertas penerangan mengenai program Jom Daftar Nikah selepas mengadakan sidang media di JAIS.
HARIS (tengah) menunjukka­n kertas penerangan mengenai program Jom Daftar Nikah selepas mengadakan sidang media di JAIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia