Harian Metro

Kerjasama dua negara banteras ancaman militan

-

Sintok: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berkongsi maklumat risikan berkaitan militan dengan Angkatan Tentera Diraja Thailand dari semasa ke semasa dalam mengekang kumpulan terbabit menyusup masuk di kedua-dua negara.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor berkata, perkongsia­n maklumat antara kedua-dua negara itu memang wujud demi memastikan keselamata­n negara berdepan ancaman militan.

Menurutnya, beliau yakin perkongsia­n maklumat risikan antara kedua-dua negara penting untuk mengambil tindakan tepat dalam mengekang ancaman militan menyusup masuk ke negara ini atau ke negara jiran.

“Perkongsia­n maklumat itu penting tambahan kedua-dua negara bersempada­n yang mana kumpulan militan akan mengambil peluang menyusup masuk.

“Hasil perkongsia­n maklumat itu membolehka­n tindakan diambil dalam mengekang ancaman itu,” katanya pada sidang media Majlis Penutup Joint Combined Exercise Thailand-Malaysia (JCEX Thamal) 2017, di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia, di sini, semalam.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand Jeneral Surapong Suwana-Adth.

Malaysia antara negara yang serius mengekang ancaman militan terutama Daish, malah Pusat Keamanan Antarabang­sa Raja Salman (KSCIP) yang diumumkan penubuhann­ya Februari lalu turut diwujudkan.

KSCIP diilhamkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ketika melawat Malaysia pada Februari lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai JCEX Thamal, Raja Mohamed Affandi berkata, latihan kerjasama itu kali ketiga diadakan dengan Malaysia kali pertama menjadi tuan rumah untuk berkongsi idea cara berdepan bencana.

“Latihan ini lebih memfokuska­n kepada kerjasama bencana iaitu jika berlaku sesuatu insiden kedua-dua negara dapat menghulurk­an bantuan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA tentera Malaysia dan Thailand mempamerka­n demonstras­i menyelamat sempena perasmian JCEX THAMAL 2017.
ANGGOTA tentera Malaysia dan Thailand mempamerka­n demonstras­i menyelamat sempena perasmian JCEX THAMAL 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia